Friday, August 21, 2009

Waktu Bekerja Dalam Bulan Puasa 2009


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Seperti yang kita semua sedia maklum, esok ( 22 Ogos 2009) kita semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Malam ini juga, semua masjid & surau akan mula menjalankan solat Tarawikh. Semoga kita semua Warga FKUM dapat menikmati kemanisan bulan yang mulia ini..

Seperti amalan pada tahun-tahun yang lepas, waktu bekerja sepanjang bulan Ramadhan bagi staff beragama Islam adalah seperti berikut:-


ISNIN HINGGA KHAMIS -
8.00 pagi hingga 1.30 petang
(waktu rehat dari 1.30 petang hingga 2.00 petang)
2.00 petang hingga 4.30 petang


JUMAAT -
8.00 pagi hingga 12.45 tengahari
(waktu rehat dari 12.45 tengahari hingga 2.45 petang)
2.45 petang hingga 4.30 petang


Posting ini merujuk kepada hebahan uminfo bertarikh 17 Ogos 2009, nombor rujukan UM.R/BPK/880/2.
Sama-samalah kita gunakan kelonggaran yang diberi oleh pihak Universiti Malaya dengan sebaik mungkin.Kepada para ibu, sempatlah untuk pulang dan menyediakan juadah berbuka puasa. Perlu diingat kepada yang mengunjungi Pasar Ramadhan, jangan terlalu mengikut nafsu dan akhirnya menyebabkan pembaziran..

Semoga kita semua dapat menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan yang terbaik.


///ZHC///

No comments:

Post a Comment