Tuesday, August 11, 2009

Kutipan Derma Mangsa Kebakaran

Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Norfazila binti Mohd Sultan, seorang pelajar ijazah tinggi (KGA 080079),Pembantu Penyelidik dan Pengajar Sambilan di Jabatan Kejuruteraan Mekanik, dan keluarga telah ditimpa bencana kebakaran rumah mereka pada 26 Julai 2009 lalu.

Oleh yang demikian, beliau amat memerlukan bantuan berbentuk wang ringgit bagi meringankan bebaban yang ditanggung sekeluarga. Jabatan Kejuruteraan Mekanik, telah melancarkan satu kutipan derma kilat untuk tujuan tersebut.

Tuan/puan warga FKUM boleh menyalurkan sumbangan tuan/puan ke tabung bencana kebakaran itu di Pejabat Am, Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Aras 5, Menara Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan @ boleh hubungi talian 03-79675204 untuk maklumat lanjut.

KSRFKUM sekadar mengambil inisiatif menyebar luas berita sedih ini.

No comments:

Post a Comment