Thursday, August 13, 2009

Penyerahan Kutipan Derma.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pada 29 Julai 2009 yang lalu, Unit Kebajikan KSRFKUM telah melancarkan tabung kutipan derma untuk Pn. Zaharah Bt. Jahari (Staf Pejabat Dekan) kerana kematian suami.

Alhamdulillah, kutipan derma yang telah tamat dijalankan pada 7 Ogos 2009, telah dapat mengumpulkan RM553. Kami mewakili Pn. Zaharah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga FKUM yang telah sudi menghulurkan derma.Semoga segala usaha yang kita lakukan ini mendapat keberkatan daripada Nya..

Unit Kebajikan KSRFKUM juga menyeru kepada semua warga FKUM agar mendoakan Allahyarham suami Pn. Zaharah sentiasa berada dalam keadaan aman.

Penyerahan kutipan derma telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan diiringi Pengerusi KSRFKUM pada 12 Ogos 2009.

///ZHC///




No comments:

Post a Comment