Tuesday, September 21, 2010

SUKANEKA STAF UNIVERSITI MALAYA 2010

Salam Aidilfitri......

Untuk makluman Sukaneka Staf Universiti Malaya kembali lagi. Seramai 15 orang peserta diperlukan yang sekurang-kurangnya terdiri dari 5 orang peserta lelaki atau 5 orang peserta perempuan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili Fakulti dalam Sukaneka bolehlah mengesahkan penyertaan anda kepada En. Yan (Pej Dekan) disambungan 7636 atau melalui email beliau yan_mna@um.edu.my.

Bagi tahun ini hanya 15 orang diperlukan bagi satu pasukan berbanding 20 orang bagi tahun lepas. Butir-butir mengenai program tersebut adalah seperti berikut

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
Tempat : Padang Varsiti, UM


Marilah bersama-sama kita mempertahankan KEJUARAAN yang dimenangi pada tahun lepas. Berikut di senaraikan acara yang akan dipetandingkan:

  1. 'Shaolin Soccer'
  2. Memancing Botol
  3. Gelung Rotan
  4. Span Bocor
  5. 'Stickey Challenges'
  6. Menjaring Bola
  7. 'Chicken Little'
  8. Teman Tapi Mesra
  9. Ketam Ball
  10. 'Charlie Chaplin'
  11. Hembusan Kalbu
  12. Boling Padang
  13. 'Hop Ball'
  14. Balingan Maut
  15. Tendangan Berapi
  16. Pandang-pandang Jeling-jeling
  17. Jangan Pandang Belakang
  18. Tin "Limborock"
  19. Rempuh Berhalangan
Tahun ini acara yang lebih banyak berbanding tahun lepas (macam tahun lepas last minit de acara kne cancel). Saya akan update peraturan bagi setiap acara kemudian. Sesiapa yang berminat boleh sahkan penyertaan anda kerana masih ada kekosongan dan latest sebelum 8 Oktober 2010. (Maaf la orang JKE & JKM tidak termasuk sbb diorg lg sronok g Family Day).

Sekian.

Majulah Sukan untuk Fakulti.

REW/2010

Wednesday, February 24, 2010

KARNIVAL SUKAN AIR STAF 2010


Gambar Hiasan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti Malaya akan mengadakan Karnival Sukan Air Staf Universiti Malaya 2010 untuk edisi ke 10. Karnival ini dikhususkan penyertaannya dari kalangan staf-staf Universiti Malaya antara setiap PTj. Karnival ini akan diadakan pada:

Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tasik Varsiti Universiti Malaya.

Antara acara yang dipertandingkan adalah :

Acara Sprint:
1. TK 1 200 Meter (Lelaki)
2. TK 1 200 Meter (Wanita)
3. TK 2 200 Meter (Lelaki)
4. TK 2 200 Meter (Wanita)
5. TK 2 200 Meter (Campuran)
6. TC 2 200 Meter (Lelaki)
7. TC 2 200 Meter (Wanita)

Acara Sukaneka:
1. TK 1 Kutip Bola Ping Pong 50 Meter (Wanita)
2. TK 1 Tanpa Paddle 100 Meter (Lelaki)
3. TK 1 Tanpa Paddle 100 Meter (Wanita)
4. TK 2 Tutup Mata 100 Meter (Campuran)
5. TK 2 Mengundur 100 Meter Tanpa Paddle (Lelaki)
6. TK 2 Mengundur 100 Meter Tanpa Paddle (Wanita)
7. TK 2 Pecah Belon Tanpa Paddle 100 Meter (Campuran)
8. TK2 Berdiri 100 Meter (Campuran)

Syarat Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada semua staf yang dibayar gaji oleh Bendahari, Universiti Malaya termasuk pengurusan tertinggi, dekan, pengarah, pensyarah, pegawai dan semua staf yang layak.

Semua staf Fakulti Kejuruteraan di alu-alukan untuk menyertai Karnival ini beramai-ramai bagi memeriahkan kontinjen Kejuruteraan. Penyertaan semua adalah penting dalam menaikkan imej fakulti dalam setiap sukan yang dianjurkan diperingkat universiti ataupun diperingkat yang lebih tinggi.

Latihan akan disediakan kepada semua yang berminat untuk menyertai karnival ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Pusat Sukan. Tarikh Latihan adalah seperti berikut:

1. 25 Feb 2010 (Khamis) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
2. 3 Mac 2010 (Rabu) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
3. 5 Mac 2010 (Jumaat) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
4. 10 Mac 2010 (Rabu) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
5. 12 Mac 2010 (Jumaat) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm

Syarat Semasa Latihan
Setiap pasukan berpeluang berlatih 5 kali sebelum pertandingan.
Jadual Latihan perlu dipatuhi bagi mengelakkan kesesakan.
Kemas peralatan selepas menggunakannya.
Patuhi prosuder keselamatan yang ditetapkan penganjur.

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan En Hairil Azhar (UPP) ditalian 5315 atau email hairie@um.edu.my. Segala keterangan lanjut boleh hubungi En. Yan (Pej. Dekan).

Sekian.

mr_rew

Thursday, January 21, 2010

Kejohanan Jogathon Antara Ptj Universiti Malaya










Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM. Apa khabar semua? Kami di ksrfkum.blogspot.com sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kita semua. Semoga kita semua terus bersemangat dalam menjalankan segala amanah yang diberikan. Sentiasa bertanggungjawab dan tidak hanya meletakkan kesalahan kepada orang lain demi menjaga reputasi masing-masing. Sesungguhnya, orang yang beriman itu akan mengakui kesalahan sendiri dan tidak akan memburukkan saudaranya..

Pada 16 Januari 2010 (Sabtu) yang lalu, Kejohanan Jogathon Antara PTJ Universiti Malaya telah dijalankan.Sambutan yang diberikan oleh semua Ptj amatlah menggalakkan.

FKUM tidak ketinggalan menghantar wakil. Alhamdulillah, pasukan FKUM berjaya mendapat tempat ke-7 daripada 12 pasukan. Jarak larian untuk kejohanan ini kira-kira 8km.Boleh tahan jauh juga tu..

FKUM diwakili oleh:-

En. Halim (UPP) -5mata
En. Fadzly (JKBP) -15mata
En. Faiz (JKBP) -10mata
En. Fahmi (JKBP)
En. Fadli (JKRP) -5mata
En. Shamsudin (JKK)
Cik Nurfadillah (JKA) -5 mata
Cik Maznah (JKBP)
Cik Naemah (JKBP)

Sepatutnya, pasukan kita turut disertai oleh 4 kakitangan dibawah,tetapi tidak tahu sebab musabbab,mereka ini tidak menghadirkankan diri pada hari perlawanan. Diharap, perkara ini tidak lagi berulang.Ini akan menyusahkan pihak lain dan memburukkan nama FKUM. Sendiri mau ingatlah k!!!

Mereka ini ialah:-

En. Adhli Iskandar (JKBP)
En. Hanafi (JKBP)
En. Yusof (Staf baru JKBP)
En. Ruhil (Staf baru JKE)

Ucapan tahniah kepada En. Fadzly (JKBP) kerana berjaya menjadi Johan Individu..

p/s: Hidup Kenya!!!!
Jgn mara nanti kner jual...

///ZHC///

Tuesday, January 12, 2010

Tarik Tali-Sukan Antara Jabatan 2009


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..

Untuk acara Tarik Tali, pengurusan KSRFKUM telah sepakat untuk menjalankan acara ini pada minggu hadapan.Ini berikutan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kita untuk bersukan.Kang demam payah ler pulak..Hehehehe..

Lagi pun, tidak banyak jabatan yang telah sahkan penyertaan. Oleh itu, tarikh untuk mengesahkan penyertaan akan dilanjutkan sehingga Sabtu ini (15 Jan 2010).Sila hubungi En. Muhamad Azam di talian 5343/7633/012MAXIS3569750 atau mail to: ksrfkum@at gmail.com

Sila download borang di atas dan bawa pada hari perlawanan.Insyaallah, jadual perlawanan akan dikeluarkan pada awal minggu hadapan.

Kerjasama dan tindakan segera wakil-wakil jabatan amatlah diharapkan..

STK..

///zhc///

Friday, January 8, 2010

Keputusan Terkini Sukan Antara JAbatan 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Sukan Antara Jabatan 2009 telah sampai ke kemuncaknya..

Acara Tarik Tali akan menjadi penentu, jabatan manakah yang akan merangkul Piala Pusingan Dekan Fakulti Kejuruteraan.

Saingan antara GABUNGAN dan JKA amat sengit. Cuma 1 mata menjadi taruhan.

Insyaallah, acara TARIK TALI akan dijalankan pada minggu hadapan. Kepada semua wakil jabatan, diharap dapat mengesahkan penyertaan kepada En. Muhamad Azam Md. Tajudin (5343/7633/012MAXIS-3569750) dengan kadar segera selewat-lewatnya hari Isnin (11/1/2010) untuk urusan mengatur jadual. Acara ini akan dijalankan di Padang Hadapan Bioperubatan selepas waktu kerja. Maklumat lanjut akan di'update' minggu hadapan.

p/s: kenalah selalu bukak blog k!!!

///zhc///

Kelahiran Puteri Ke-2 En. Azizol Arifin


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menerusakan hidup dan berada dalam keadaan selesa serta aman di hari yang mulia ini. Semoga kita semua sentiasa hormat-menghormati hak orang lain dan menjaga amanah yang telah diberikan kepada kita. Sesungguhnya, kita semua terikat dengan protokol dan tatasusila dalam melakukan tugasan. Oleh itu, janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri dan terlalu berbangga dengan pangkat dan kedudukan. Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sekitar jam 9.30pagi hangga 10.00 pagi semalam (Khamis 7/1/2010), ksrfkum telah mendapat satu berita gembira tentang kelahiran puteri ke-2 En. Azizol Ariffin dari UPP,Pejabat Dekan.
Alhamdulillah,bayi serta ibunya selamat dan sihat.Kami ksrfkum mengucapkan tahniah dan sentiasa mendoakan agar kelahiran bayi ini membawa rahmat dan kebahagiaan kepada keluarga saudara kita ini.

p/s:- Wah!!! En. Azizol nie kemain lagi ek? Memang dah set time ka?
-En. Zaman (Unit Kebajikan), ni 1st tugasan ni...

///ZHC///

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Apa khabar semua?? Fuh!! Hari ini kali ketiga berturut-turut kita bercuti pada hari Jumaat. Best gak kalo macam ni slalu ek? Hehehehehe..

KSRFKUM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua Warga FKUM, pengurusan FKUM dan terutamanya line-up Jawatankuasa KSFRKUM 2010 yang diterajui oleh Dr. Faisal Rafiq.

Semoga 2010 akan membawa lebih kejayaan dan kecemerlangan kepada fakulti kita. Sama-samalah kita lipat gandakan usaha dan terus bersemangat menjalankan amanah yang telah diberikan.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

///ZHC///