Wednesday, April 29, 2009

Kejohanan Paragliding World Cup Jugra 2009

Satu kejohanan paragliding akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009
Tarikh : 30 April - 3 Mei 2009
Masa : 9:00 pg - 6:00 ptg
Tempat: Bukit Jugra, Banting, Selangor

KSRFKUM tidak ketinggalan untuk mengikuti kejohanan ini. Ini merupakan peluang terbaik untuk merisik bagaimanakah kaedah sukan ini dipermainkan. Beberapa orang ahli KSRFKUM akan mengunjungi kejohanan tersebut. Mereka akan meninjau dengan lebih dekat lagi mengenai sukan paragliding yang mana ia masih baru lagi di arena sukan tanah air. Walaubagaimana pun, ahli-ahli KSRFKUM sangat teruja.


Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh melayari http://jugra.paraglidingmalaysia.com/

"Majulah Sukan untuk Fakulti"


=lawa=

Tahukah anda?

Tahukah anda, jika anda jadikan laman web ini sebagai default home page, anda boleh:

1. clock-in dan clock-out kedatangan
2. mendengar lagu @ nasyid sambil bertugas
3. membaca berita-berita terkini
4. membaca bahan tazkirah, doa dan amalan

Bagaimana saya nak jadikan ia sebagai home page?

Senang je...ikut langkah-langkah berikut untuk setting Internet Explorer (IE):

1. Klik tab "Tools" pada IE anda
2. Pilih "Internet Options"
3. Pada tab "General" pilih ruang Home page dan taip "http://ksrfkum.blogspot.com"
4. Klik "Apply"
5. Klik "OK"
6. Tutup IE dan buka IE semula. - selesai..mudah je kan?

Selamat mencuba!



=lawa=

Friday, April 24, 2009

Ceramah Bulanan

Ceramah Kelab Sukan dan Rekreasi 2009 akan diadakan pada:-

Tarikh : 29 April 2009 (Rabu)
Masa : 12.15 tengahari -2.00 petang
Tempat : DK6, Fakulti Kejuruteraan

Penceramahnya ialah USTAZ HAJI MASHUD BIN HAJI SALEH, beliau akan membincangkan berkenaan 'Keperluan Hidup Beragama'

Semua Staf Akademik dan Sokongan dijemput hadir.
Makan tengahari disediakan.
Datanglah beramai - ramai.

Sekian, harap maklum.

///ZHC///

Tuesday, April 21, 2009

Perasmian ksrfkum.blogspot.com

Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi,FKUM Dr. Faisal Rafiq dengan rasminya telah melancarkan laman web Kelab Sukan & Rekreasi, Fakulti Kejuruteraan UM pada 21 April 2009.

Ikutilah ucapan perasmian tersebut pada klip video sekarang.

TAHNIAH!

=lawa=

Thursday, April 16, 2009

Pelancaran MIMBAR KSRFKUM


Sesawang baru MIMBAR KSRFKUM kini telah dilancarkan. Mimbar ini akan memberikan pengisian rohani yang memacu kita kepada kecintaan Allah swt dan Rasulillah saw.
Warga FKUM boleh melayari sawang tersebut di: http://ksrmimbar.blogspot.com/ atau pautan di kolum SAWANG-SAWANG.

///ZHC///

Tuesday, April 14, 2009

Sesi Timbang Berat Badan Acara Tarik Tali Sukan Staff 2009


Hari ini (14hb April 2009),kontinjen tarik tali lelaki Zon 3 telah menghadirkan diri untuk sesi menimbang berat badan.Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pusat sukan supaya berat 8 orang semasa perlawanan tidak melebihi 640Kg. Alhamdulillah, kesemua peserta dari FKUM telah sudi menghadirkan diri untuk sesi tersebut.

Mereka ialah:-
En. Muhamad Azam Md. Tajudin (Pengurus)-UICT,PEJ. DEKAN
En. Zulkarnain @Khayree Faisal Ishak (Jurulatih)-JKE
En. Aliman Suboh (97Kg)- UPP, PEJ. DEKAN
En. Syuib Samsir (73Kg)- JKBP
En. Adhli Iskandar Putera Hamzah (74Kg)- JKBP
En. Asni Mohamad (110Kg)- JKBP
En. Adnan Hadri (75Kg) - JKM

Pihak KSRFKUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang amat membanggakan.Semoga berjaya dan lakukan yang terbaik pada perlawanan yang akan dijadualkan pada 20&21 April ini di Padang C.
Bersama - samalah kita memberi semangat kepada pasukan Zon 3.

///ZHC///

Saturday, April 11, 2009

Pemilihan Untuk Acara Karom Zon 3 Sukan Staff 2009


Kepada staff FKUM yang berminat untuk mewakili Zon 3 dalam acara Karom bolehlah menghadirkan diri untuk sesi pemilihan pada Isnin (13 Mei 2009), jam 12.30 tengahari hingga 2 petang di Kelab Sukan & Rekreasi, Aras 2 Menara Kejuruteraan, Universiti Malaya.

Sila hubungi En. Ahmad Daman Huri untuk maklumat selanjutnya...

///ZHC///

Majlis Perkahwinan En. Nasrul Fawaid Annas (JKE)



Seorang Juruteknik Jabatan Kejuruteraan Elektrik (Makmal Mesin) akan mengakhiri zaman bujangnya pada 3hb Mei 2009 ini.En. Nasrul Fawaid yang lebih mesra dikenali sebagai 'T#P@!' memang seorang staf FKUM yang ceria dan menghiburkan. Trademark berambut pendek ala- ala 'Mawi World' dan janggut kambingnyer sentiasa menghiburkan rakan - rakan seperjuangan..

Kad jemputan telah diedarkan dan maklumat terperinci mengenai majlis beliau bolehlah dirujuk. Sekiranya terdapat kumpulan staf yang ingin menghadiri majlis beliau,silalah membuat perancangan awal dan memohon kenderaan fakulti. Di harap sama - samalah kita meraikan beliau di hari yang begitu bermakna bagi diri beliau...

Pihak KSRFKUM mengucapkan tahniah dan mendoakan En. Nasrul Fawaid berbahgia hingga akhir hayat... Amin.

///ZHC///

Friday, April 10, 2009

SUARA PALESTIN

Baru - baru ini, KSRFKUM telah membuat kutipan derma buat saudara - saudara Islam kita di Palestin. Disebabkan sambutan yang amat baik telah diterima dari semua warga FKUM, kutipan derma ini telah dilanjutkan sehingga 25 Feb 2009.

Alhamdulillah, hasil usaha dan kerjasama En. Muhamad Azam Md. Tajudin (Ketua Unit Kebajikan), En. Shuib Samsir (Timbalan Ketua Unit Kebajikan) dan En. Awallul Azmi Awaludin (Penasihat Unit Kebajikan), kita telah berjaya mengumpul RM503 dan meyalurkan bantuan ini ke NSTP FUND FOR GAZA.


Walaupun kutipan derma kita tidak sebanyak mana,diharap dapat membantu saudara - saudara Islam kita di Palestin.

Insyaallah...


Hadis Nabi S.A.W :-

"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka"

///ZHC///

SELAMAT DATANG..

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Alhamdulillah, dengan izin Allah kita berjaya mengadakan satu blog khas untuk menghebahkan berita - berita terkini mengenai perkembangan Kelab Sukan & Rekreasi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (KSRFKUM).

Semoga semua warga FKUM mendapati blog ini berguna untuk menghidupkan aktiviti - aktiviti yang dirancang dan berita - berita semasa di dalam fakulti.

MAJULAH SUKAN UNTUK FKUM!!!


///ZHC///