Monday, June 29, 2009

Pertukaran kerja Pn. Norlizawati bt. Mohd Noor (JKE)

Assalamualaikum & salam sejahtera;
Pn. Norlizawati bt. Mohd Noor, seorang Juruteknik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah bertukar tempat kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya pada 26 Jun 2009 yang lalu. Beliau memulakan kerjaya di JKE pada 14 Ogos 2000 dan kini telah hampir 9 tahun berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan.

KSRFKUM merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya di dalam menempuh cabaran kerja di tempat baru. KSRFKUM mendoakan semoga apa yang dicitakan akan tercapai.

p/s : Jgn lupa kirim khabar dari sana nanti.

=lawa=

Friday, June 26, 2009

Gotong - Royong Mengecat Bilik Kelab.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Diharap semua warga FKUM sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera & aman damai.
Seperti yang telah dibincangkan semasa Mesyuarat Sukan Antara Jabatan yang lalu, kita telah bersetuju untuk mengadakan kerja- kerja gotong- royong mengecat Bilik Kelab Lelaki, Aras 2, Menara Kejuruteraan,Fakulti Kejuruteraan.


1.Tarikh: 2 Julai 2009 (12.00pm - 3.00pm)
Mengeluarkan semua perabot dan membersihkan bilik kelab.

2.Tarikh:3 Julai 2009 (2.45pm - 5.30pm)
Mengecat dan mengemas bilik kelab.

KSRFKUM menjemput semua warga FKUM yang berkelapangan untuk menghadirkan diri dan sama- sama membantu demi men'TRANSFORMASI'kan bilik kelab. Segala usaha dan kerjasama yang anda semua berikan amatlah dihargai.


///ZHC///

Thursday, June 25, 2009

SISTEM PENGURUSAN KEDATANGAN & CUTI (ALMS)

Assalamualaikum & salam sejahtera;
Penggunaan ALMS sedia ada akan berakhir pada bulan Jun ini. Pemilik sistem iaitu Bahagian Sumber Manusia(BSM) dan Pusat Teknologi Maklumat(PTM) memaklumkan penggunaan sistem baru akan digunapakai mulai 1 Julai 2009 dengan URL http://attendance.um.edu.my/. KSRFKUM ingin mengingatkan kepada warga FKUM mengenai pelaksanaan sistem kedatangan yang baru ini. Satu hebahan e-mel bertarikh 10 Jun 2009 telah dikeluarkan oleh pihak Pendaftar UM, Puan Norilah Salam. sekian, sila ambil perhatian.

=lawa=

Tuesday, June 23, 2009

Ceramah Bulanan KSRFKUM.





Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Tentu semua warga FKUM tertunggu- tunggu ceramah untuk bulan ini.Alhamdulillah, Unit Ilmiah KSRFKUM yang diketuai oleh Pn. Rohana Ismail dari JKBP telah mengaturkan satu ceramah yang akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:-


Tajuk :Penjagaan dan Pencegahan Penyakit Jantung
Tarikh :
24 Jun 2009 (Rabu)
Masa :
12.15 tengahari -2.00 petang
Tempat :
DK6, Aras 4, Menara Kejuruteraan,Fakulti Kejuruteraan


Penceramah :
Profesor Dr. Wan Azman Wan Ahmad
Jabatan Perubatan
Pusat Perubatan
Universiti Malaya


Makan tengahari disediakan selepas ceramah tersebut. Kehadiran semua warga Fakulti Kejuruteraan amat dialu-alukan.


Tahniah & syabas kepada Unit Ilmiah,KSRFKUM kerana dapat mengaturkan aktiviti ceramah ini.Semoga kita semua yang menghadirikan diri sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dan memotivasikan diri kita....


///ZHC///

Monday, June 22, 2009

Persaraan Hj. Yakob b. Abd. Rahman (JKE)

Assalamualaikum & salam sejahtera;
Hj. Yakob b. Abd. Rahman seorang Juruteknik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik akan bersara wajib pada 17 Ogos 2009. Kini, beliau sedang bercuti sehingga tarikh persaraaan tersebut. Beliau mula bertugas di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pada 1 April 1996 selepas bertukar daripada Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan. Di JKE, beliau ditempatkan di Makmal Kawalan sehinggalah persaraan beliau. Oleh kerana dedikasi kerja yang tinggi beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1999 dan 2000.

KSRFKUM mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada beliau dalam menyumbang tenaga dan fikiran dalam membangunkan Fakulti Kejuruteraan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar ijazah dasar dalam mengendalikan amali-amali makmal. Semoga didoakan keselamatan dan kesihatan untuk beliau di masa-masa mendatang.
p/s : tak de ke cadangan untuk buat kutipan ikhlas daripada KSRFKUM?

=lawa=

Wednesday, June 17, 2009

Sukan Staff Universiti Malaysia Ke-34



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Untuk posting kali ini, kami ingin kongsikan berita tentang Sukan Staff Universiti Malaysia.


Penganjuran SUKUM kali ke-34 tahun ini yang menyaksikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai tuan rumah telah menerima penyertaan daripada lebih 5,000 peserta dari 21 universiti awam seluruh negara termasuk kontinjen Kementerian Pengajian Tinggi.Acara sukan tersebut telah berlangsung selama 10 hari bermula 3 Jun lalu.

Sebanyak 18 acara dipertandingkan membabitkan 14 tempat kejohanan untuk acara sukan antaranya olahraga, hoki, golf, bowling, futsal, bola tampar, badminton, sepak takraw, ping pong, tarik tali, bola jaring, bola sepak dan tenis.

Kontinjen Universiti Malaya telah menghantar sebanyak 103 perserta lelaki dan 47 peserta wanita.Untuk acara olahraga, kontinjen kita telah berjaya mengumpul 2 emas,8 perak, dan 9 gangsa.Bagi keseluruhan keputusan,kita telah berjaya menduduki tangga ke-11 dengan membawa pulang 3 perak dan 4 gangsa.Kira ok ler tue....

Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat, khasnya kepada warga FKUM yang terpilih untuk mewakili Universiti Malaya.Anda semua telah mengharumkan nama Universiti Malaya..


p/s:-
En. Abu...dengar citer bayak problem kat saner tue...management trok ker??? Sabar jer lah..
En. Azam Ali...balik dari terengganu nie diam jerk???? Tlebih mkn kropok leko ker??Hehehe..
Naper UM tak antar penyertaan untuk semua game ek????? takkan xda budget kot????? Ni kan ker salah satu cara utk mempromosikan universiti kiter???????


///ZHC///

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat Agung KKUM ke-41

Assalamualaikum & salam sejahtera;
Adalah dimaklumkan kepada semua warga FKUM yang menjadi ahli Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya Berhad (KKUM) bahawa satu mesyuarat Agung Tahunan ke-41 akan diadakan seperti berikut:




Perkara : Mesyuarat Agung Tahunan ke-41
Tarikh : 20 Jun 2009, Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya
Aturcara:
9.00 - 10.00 pagi : Pendaftaran
10.05 pagi : Bacaan Doa Selamat
Kata-kata Aluan, Pengerusi KKUM
10.30 pagi : Upacara Penyampaian Hadiah Istimewa Anggota
Penabung Terbanyak 2008
Penabung Terbanyak 2009
Khidmat Setia Kakitangan 30 Tahun
11.00 pagi : Pendaftaran ditutup
Mesyuarat bermula sehingga tamat
12.30 tgh : Jamuan Ringan
Bersurai

p/s Jangan lupa bawa bersama Kad ahli bagi memudahkan urusan pendaftaran untuk melayakkan mendapat elaun kehadiran mesyuarat.

=lawa=

Monday, June 15, 2009

Mesyuarat Sukan Antara Jabatan 2009


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..



Satu mesyuarat mengenai Sukan Antara Jabatan untuk tahun ini akan diadakan pada masa & tarikh seperti berikut:-



TARIKH : 18 JUN 2009 (KHAMIS)
MASA : 10.00PAGI
TEMPAT: BILIK SEMINAR 3,TINGKAT 2,MENARA KEJURUTERAAN.


Kedatangan semua warga FKUM amatlah dialu- alukan.Mesyuarat akan membincangkan mengenai pembahagian kumpulan gabungan jabatan dan acara- acara sukan yang akan dijalankan..

MAJULAH SUKAN UNTUK FKUM!!!



///ZHC///

Tuesday, June 9, 2009

Fakta @ Auta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa khabar semua warga FKUM?? Amacam audit? Ada ok ker? Mesti semua tengah kelam kabut dan gabra menanti auditor datang mencari kesalahan kita.Sabar jer lah k.Dah memang prosidurnyer macam tu...
Untuk posting kali ini,kami ingin mengetangahkan satu fakta hasil kajian dari Cambridge University. Sama- samalah kita mencuba untuk mengetahui kesahihan kajian tersebut:-

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs?
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Bersyukurlah atas segala kelebihan dan kepintaran yang dikurniakan kepada kita semua.Semoga kita sama- sama dapat menggunakannya untuk kebaikan sejagat...
p/s: Kepada yang beragama Islam,cuba fikirkan kenapa kita merangkak-rangkak apabila membaca jawi mahupun al- quran??



///ZHC///

Thursday, June 4, 2009

Zoo Negara - Haiwan & Habitat Sebenar.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Seperti yang dijanjikan,kami ingin kongsikan lagi tempat yang boleh dilawati sepanjang cuti sekolah ini.Mungkin tempat ini agak familiar kepada kita kerana berada di pinggir Kuala Lumpur,tetapi terdapat banyak kelebihannya dan kami pasti anda tidak akan puas jika hanya sekali melawatinya.Pasti menghiburkan anda sekeluarga.


Inilah masa terbaik untuk menyaksikan sendiri hidupan liar yang kian diancam kepupusan seperti Badak Sumatera dan Harimau Malaya.Pelancaran Tahun Melawat Zoo Negara 2009, baru-baru ini, menjanjikan seribu satu tarikan baru kepada pengunjung sempena sambutan ulang tahun ke-45.Sehingga kini, ia memiliki 5,137 jenis haiwan daripada 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.
Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia, Datuk Ismail Hutson berkata pihaknya akan menambah koleksi haiwan seperti binatang eksotik daripada spesies unik bagi mencapai sasaran lebih sejuta pelancong pada tahun ini.Program pertukaran haiwan dengan China iaitu membawa antara lain beruang panda dari China untuk tatapan umum pengunjung ke Zoo Negara.Sepanjang penubuhannya, Zoo Negara yang diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia sudah menjalankan usaha pemuliharaan jangka panjang meliputi 200 spesies terancam seperti Buaya Air Tawar, False Gharial, Burung Hornbill, Milky Storks, Harimau Malaya dan Orang Utan Borneo.

Sehingga kini, zoo ini menempatkan 16 tarikan utama termasuk taman reptilia, monyet, Gajah Malaysia, taman tasik burung, kompleks beruang, akuarium air masin, dunia amfibia, Savannah Walk, Nile Hippopotamus, Cat Walk dan Mammal Kingdom.Sejajar dengan perkembangan semasa, zoo ini menerapkan konsep terbuka di mana 90 peratus daripada haiwan diletakkan dalam ruang yang luas dengan landskap seperti mana habitat semula jadi mereka.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila lawati link ini:
http://www.zoonegara.org.my/

Cuti2 FKUM!!!


///ZHC///

Wednesday, June 3, 2009

Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Di musim cuti sekolah sekarang ini, ramai warga FKUM yang megadakan majlis perkahwinan anak mereka.Tidak kurang juga kepada staff yang ingin menamatkan zaman bujang mereka.Kepada yang mendapat jemputan, di harap dapatlah sama - sama memeriahkan dan meraikan pasangan - pasangan pengantin tersebut.

Pasangan - pasangan pengantin tersebut ialah:-

1.EN. MOHAMAD NORLI ROPIDI MOHD. ADNAN
(Pembantu Makmal di Jabatan Kejuruteraan Awam)
Pada Sabtu,6hb Jun 2009 di Kota Bharu, Kelantan.

2.Anak lelaki kepada PROF. DR. IR. HJ. MOHD. ZAMIN B. HJ. JUMAAT
(Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam)
Pada Ahad,7hb Jun 2009 di Subang Jaya, Selangor.

3.Anak perempuan sulung kepada EN. MOHIDDIN B. SHAMSUDIN
(Pembantu Makmal Kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam)
Pada Ahad,7hb Jun 2009 di Seremban, Negeri Sembilan.

4.EN. MOHD. HELMI RIZAL B. SALAHUDIN
(Tutor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan)
Pada Sabtu,13hb Jun 2009 di Melaka.

Kami mengucapkan tahniah dan sentiasa mendoakan pasangan- pasangan pengantin baru tersebut agar berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat..


///ZHC///

Kawan - Kawan Xmo Lawan.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Semoga semua warga FKUM berada dalam aman damai sejahtera.

Posting kali ini sekadar untuk memperingati diri kita agar menjaga keharmonian kita sesama rakan sekerja ataupun di dalam sesuatu kumpulan.Punca tercetusnya idea untuk kami membincangkan topik ini kerana terdapat khabar angin mengenai masalah pembahagian hadiah untuk Sukan Staff 2009 baru- baru ini.Bukan nilai hadiah jadi ukuran, tetapi hak masing- masing perlu dihormati.Mungkin kerana kesilapan teknikal, ataupun ada yang 'kaki kelepet' telah men'CILOK' hadiah perserta lain.Hanya Tuhan yang tahu segalanya.Semoga kita semua menjaga amanah dan mandat yang telah diberikan kepada kita semua..

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kitakan Kawan
Dulu Sama - Sama
Kongsi Teh Secawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Orang Lain Maju Ke depan
Orang Kita Cari Jalan
Jatuhkan Kawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kan Ke Cukup Rezeki Tuhan
Buat Kita Ramai - Ramai Makan

Kawan - Kawan
Bukan Nak Cari Lawan
Sekadar Nak Ingatkan Teman
Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan

Kawan - Kawan
Kita Sama - Sama Cari Makan
Bila Fikir Masa Depan
Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan

Kawan - Kawan
Cuba Dikaji Orang Tua - Tua Pesan
KAWAN JADI LAWAN
LAWAN JADI KAWAN
Hayatilah kata- kati ini,semoga kita hidup aman bersama kawan- kawan...
Peace, LUV 'N' Harmony!!
ZHC///

Tuesday, June 2, 2009

Qurata Riverside Resort - Kuala Terengganu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Mesti ramai yang bercuti pada musim cuti sekolah ni.. Bagus jugak, dapat rehatkan fikiran dan merapatkan lagi hubungan dengan anak- anak.Dah cuti,takkan nak duduk rumah jer?? Bolehlah bawa keluarga makan angin. Di sini, kami ingin kongsikan satu tempat penginapan yang amat selesa sekiranya anda singgah ke Kuala Terengganu.




Penginapan berdepan pemandangan indah menjadi antara perkara dititik beratkan pelancong apabila bercuti panjang.Ramai yang tidak ralat untuk membayar harga lebih bagi menikmati pemandangan mendamaikan dari tingkap penginapan mereka.

Tetamu di Qurata Riverside Resort (QRR) umpamanya dijanjikan pemandangan indah berikutan lokasinya berdekatan muara Sungai Ibai dan Lagun Kuala Ibai di pinggir Kuala Terengganu.Sejak dibuka kira-kira 15 tahun lalu, QRR sudah lama menjadi penginapan pelancong terutama apabila tiba musim cuti sekolah.



Menawarkan 20 bilik dengan harga berpatutan, pengurusan turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung termasuk penyaman udara.Pengurus Besarnya, Nina Amira Abdul Ghaffar, berkata QRR mampu menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan bangunan, persekitaran serta lokasinya yang berhampiran pusat bandar raya.

QRR dibina berhampiran muara sungai dan pantai. Kawasan sekitarnya dipenuhi pohon kelapa yang rendang menjadikan suasananya sentiasa sejuk walaupun pada waktu tengah hari.

Tetamu pasti tidak bosan dengan pelbagai aktiviti dianjurkan pengurusan termasuk berkayak ke lagun dan ke Pulau Kapas, menyusuri sungai dan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.Tetamu juga boleh mengadakan majlis barbeku selepas seharian suntuk melakukan aktiviti riadah.



Untuk kaki pancing pula, mereka boleh memancing di sekitar kawasan benteng atau menyewa bot untuk pengalaman memancing di laut. Ia boleh diaturkan pihak pengurusan dengan bayaran berpatutan.Ni yang buat ramai gian nie.....

Tetamu pula dihidangkan pelbagai hidangan di Qurata Bistro sambil mendengar dendangan lagu, menjelang lewat petang sehingga malam.Suasana damai ini mungkin sukar dilupakan pengunjung setiap kali mereka ke Kuala Terengganu.

Sekiranya ada yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut sila lawati link ini:
http://www.journeymalaysia.com/citykterengganuqurata.htm

Nantikan lebih banyak posting tentang tempat- tempat peranginan & rekreasi daripada kami sempena cuti sekolah ini..CUTI2 FKUM!!!

///ZHC///

Monday, June 1, 2009

Kelahiran Bayi Sulung En. Adnan Hadri (JKM)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Awal pagi ini kami telah menerima panggilan tentang kelahiran anak sulung En. Adnan Hadri dari Jabatan Kejuruteraan Mekanik.
Kami mengucapkan tahniah kepada En. Adnan Hadri. Anak beliau telah selamat dilahirkan kira- kira jam 3.30 pagi (Isnin, 1 Jun 2009) di Hospital Taiping.Beliau telah di kurniakan seorang bayi lelaki yang amat sihat.Semoga dengan kelahiran bayi ini akan memberi kebahagiaan kepada keluarga En. Adnan dan isterinya..
p/s: Bolehlah pakat- pakat collect beli adiah k....
Tahniah En. Adnan Hadri!!
///ZHC///