Thursday, October 29, 2009

Badminton -Day 3


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Apa khabar semua?????? Sibuk ker???
Seperti yang selalu diperkatakan oleh kanak- kanak yang meminati siri kartun 'Wonderpet', "Apa yang penting????? KERJASAMA!!!!". Semoga kita semua dapat bersama-sama demi memajukan FKUM..

Keputusan untuk perlawanan badminton pusingan ker-3 ialah:-

JKE menewaskan JKRP dengan mudah dan berjaya mengutip mata 3-0.

JKK pula berusaha bersungguh-sungguh menandingi JKM,tetapi nasib berpihak kepada JKM.
JKM berjaya mengumpul mata 2-1.

Acara ini sudah semakin hampir ke kemuncaknya. Hari ini pusingan separuh akhir akan dijalankan.

GABUNGAN vs JKM
JKA vs JKE

Kepada pasukan yang tidak berjaya melayakkan diri, diharap terus bersemangat dan lipat gandakan usaha anda.Kena selalu turun 'training' lah k!! Cuba lagi tahun hadapan.

Kepada semua warga FKUM diharap dapatlah menghadirkan diri beramai-ramai memberi sokongan..

///ZHC///

Wednesday, October 28, 2009

Badminton -Day 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..

Pusingan kedua untuka acara badminton telah dijalankan petang semalam di Gimnasium 2. Antara pasukan yang terlibat adalah GABUNGAN, JKRP, JKA dan JKK.

Seperti yang telah dijangkakan, GABUNGAN berjaya menundukkan JKRP dengan kutipan mata 3-0.

JKA berhempas pulas menandingi JKK dan berjaya mengutip mata 2-1.

Perlawanan pusingan ke-3 akan dijalankan petang ini seperti yang telah dijadualkan.

Datanglah beramai-ramai....

///ZHC///

Tuesday, October 27, 2009

Badminton -Day 1


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Apa khabar semua????? Diharap sentiasa berada dalam keadaan sihat bersemangat demi memajukan fakulti kita..

Posting kali ini akan melaporkan keputusan bagi acara badminton yang telah dijalankan petang semalam.

GABUNGAN telah berjaya menundukkan JKE 3-0. (Seperti yang telah dijangkakan la...)

Persaingan sangat sengit antara JKA dan JKM, namun kemenangan berpihak kepada JKA 2-0.



Terima kasih kepada semua yang turut hadir memberi sokongan. Teruskan sokongan anda sepanjang minggu ini..
Rugi siapa yang tak datang tengok la...

///ZHC///

Monday, October 26, 2009

BADMINTON- Sukan Antara Jabatan 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..

Kami di ksrfkum.blogspot.com berharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Agak lama blog ini tidak di'update'kan. Sepi bukan bermakna mati,tapi sibuk mengatur strategi demi memajukan lagi KSRFKUM ini..

Untuk menyambung Sukan Antara Jabatan 2009, sepanjang minggu ini akan dijalankan acara badminton di Gimnasium 2.

Jadual perlawanan adalah seperti berikut:-

ISNIN (26 OKT 2009)
- JKA vs JKM
- JKE vs GABUNGAN

SELASA (27 OKT 2009)
- JKK vs JKA
- GABUNGAN vs JKRP

RABU ( 28 OKT 2009)
- JKK vs JKM
- JKE vs JKRP

KHAMIS (29 OKT 2009)
- Separuh Akhir

JUMAAT (30 OKT 2009)
- Akhir

Datanglah beramai- ramai untuk memeriahkan dan menyokong pasukan jabatan anda!!!

///ZHC///