Friday, November 6, 2009

Ping-pong - Sukan Antara Jabatan 2009


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa Khabar semua Warga FKUM?? Semoga kita semua diberkati di hari yang mulia ini..
Sukan Antara Jabatan 2009 akan diteruskan dengan acara Ping- Pong yang akan dijalankan pada minggu hadapan.
Acara ini terpaksa dilewatkan kerana terdapat sedikit masalah teknikal untuk mendapat tempahan peralatan dan Gimnasium 2.Jadual lengkap perlawanan masih belum dikeluarkan.
Insyaallah, awal minggu hadapan dapatlah di'updatekan'.

Tarikh yang telah ditetapkan untuk acara ini ialah:-

12hb Nov 2009 (Khamis)
13hb Nov 2009 (Jumaat)
16hb Nov 2009 (Isnin)
17hb Nov 2009 (Selasa)
18hb Nov 2009 (Rabu)

Minta kerjasama semua wakil jabatan supaya dapat mencari pemain untuk mewakili jabatan masing-masing dengan kadar yang segera..

///ZHC///

No comments:

Post a Comment