Tuesday, November 3, 2009

Kejohanan Lawn Bowls antara PTj Universiti Malaya & PPUM 2009







Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM.. Apa khabar semua??? Wah!!! kemain panas lagi kat chatbox tu ek??? Tapi jangan terkejut sekiranya pihak kami terpaksa men'delete' sesetengah chat anda. Sekadar untuk menjaga keharmonian dan tidak mahu blog ini menjadi terlalu 'HOT 'n' SPICY'.. Suam-suam kuku sudah ler....Huhuhuhu! Berbalik kepada tajuk kita,

Tahniah kepada pasukan Fakulti Kejuruteraan yang telah merangkul tempat PERTAMA, KEDUA & KETIGA dalam acara Fours Lelaki Staf, Single Wanita Pelajar dan Single Lelaki Staf pada Kejohanan yang berlangsung pada 31 – 1 Nov 2009 di Padang Lawn Bowls Bukit Kiara.

Atlet Fours Lelaki terdiri daripada En. Fahmy Rusli (dulu JKRP sekarang JKBP/ dulu JKRP sekarang GABUNGAN), En. Shamsudin (dulu Pejabat Dekan sekarang JKK/ dulu GABUNGAN sekarang JKK), En. Azizol dan En. Hairil Azhar (UPP) telah berjaya menewaskan MUSUH tradisi iaitu Perpustakaan dengan keputusan yang sangat-sangat membanggakan 13 – 3. Kemenangan ini adalah hasil usaha berpasukan yang telah ditunjukkan oleh semua pemain dan juga sokongan daripada penyokong yang setia menunggu perlawanan akhir ini walaupun pada permulaan hujan turun dengan lebatnya..namun itulah tandanya Rahmat ALLAH.....

Tahniah! Tahniah! Tahniah!....

Manakala Penolong Pendaftar kita En. Yan Mohd Nor Alif berjaya mendapat tempat ketiga setelah tewas tipis kepada Juara Perseorangan Universiti (14 – 9). Manakala satu-satunya pelajar yang masih lagi boleh bersukan dalam masa study week ini ialah pelajar dari Jabatan Kej. Mekanik (Bahan), Cik Hedayah yang tewas kepada Perseorangan Wanita Universiti, Nursazila Zulkifly (isteri Hairil…hehehe).

Kami atlet boling padang FKUM mengucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada DEKAN & Dr Faisal Rafiq yang telah menyokong penglibatan kami dalam kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada PENGURUS jemputan iaiti En.Syukri (JKRP) yang telah banyak memberi sokongan dan sanggup sama-sama berpanas berhujan semasa kejohanan ini berlangsung……

Terima kasih semua….Akhir kata…..MAJULAH SUKAN UNTUK FAKULTI….HIP!HIP! ..HOREEY..

p/s:- TQ to En. Hairil & En. Yan kerana sudi menyediakan bahan untuk posting ini..

ksrfkum.blogspot.com berbangga kerana pasukan staff dari fakulti kita telah menaikkan lagi nama fakulti di mata Universiti Malaya..

///ZHC///


No comments:

Post a Comment