Friday, November 13, 2009

Ping-pong - DAY 1


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..

Hari pertama untuk acara ping-pong telah selamat dijalankan semalam di Gimnasium 2.
Saingan amat sengit dan corak permainan yang ditonjolkan oleh semua pasukan amatlah membanggakan.

GABUNGAN berjaya menundukkan JKE dengan kutipan mata 3-0. Timbalan Dekan (Pembangunan), Dr Hew sendiri turun bersama menunjukkan kehebatan. Semangat kesukanan dan bersatu padu inilah yang harus kita semua contohi. Semoga semua Warga FKUM dapat bersama memberi sokongan dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan..

JKK berjaya menewaskan JKRP 2-1. Perlawanan antara 2 pasukan ini amat sengit. JKRP berusaha "sehingga titsan darah terakhir", tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Takper, next round cuba lagi k!!

Untuk perlawanan petang ini, seperti yang telah dijadualkan:-

JKK vs JKM
GABUNGAN vs JKA

Datanglah beramai-ramai dan berikan sokongan padu kepada pasukan jabatan anda..

Sokongan anda amatlah kami hargai..

///ZHC///

No comments:

Post a Comment