Monday, November 2, 2009

Badminton - SEPARUH AKHIR & AKHIR











Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Kami di ksrfkum.blogspot.com sentiasa mendoakan agar fakulti kita aman sejahtera & terus bersatu padu menuju kejayaan.

Pada 29 & 30 Oktober yang lalu, pusingan separuh akhir & pusingan akhir untuk acara badminton telah dijalankan. Walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang melanda, acara ini berjaya juga dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang menyokong terutamanya kepada yang sukarela mengelolakan acara tersebut..

Berikut ialah keputusan perlawanan yang telah dijalankan:-

SEPARUH AKHIR:-
(29 OKT 2009)

GABUNGAN vs JKM
GABUNGAN berjaya menewaskan JKM 2-1

JKE vs JKA
JKE ditundukkan JKA 2-1

GABUNGAN & JKA berjaya memasuki pusingan akhir..

JOHAN & NAIK JOHAN:-
(30 OKT 2009)

GABUNGAN vs JKA
GABUNGAN menang dengan GAYAnya menewaskan JKA 2-1. Perlawanan agak sengit dan begitu menyayat hati.

TEMPAT ke-3 & ke-4:-

JKM vs JKE
JKE berjaya menduduki tempat ke-3 setelah menewaskan JKM.

Tahniah kepada GABUNGAN kerana berjaya mendapat tempat Pertama. Bukan mudah untuk menundukkan pasukan GABUNGAN.Kepada pasukan-pasukan yang lain,teruskan usaha anda dan cuba lagi tahun hadapan k!!

Seperti yang telah dijadualkan, acara berikutnya ialah acara ping-pong. Pihak kami masih menunggu jadual perlawanan. Kepada Pengurus Acara, sila mailkan jadual perlawanan dengan segara k!!
STK , TQ.

///ZHC///

No comments:

Post a Comment