Monday, December 28, 2009

Laporan Kejohanan Karom Terbuka UM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua Warga FKUM..
Apa khabar semua??? Puas bercuti??
'Black Monday' la arini.. Terasa berat sangat nak datang kerja da...Huh!! Abaikan semua tu,setkan minda agar kita terus bersemangat menjalankan tugas masing-masing k..

Seperti yang telah dihebahkan, pada 26 dan 27 December lepas, satu Kejohanan Karom Terbuka UM anjuran Pusat Sukan & Kelab Karom Um telah dijalankan di Dewan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

FKUM tidak ketinggalan menghantar wakil. Diketuai oleh En. Daman Huri (UPP). Mungkin disebabkan oleh cuti Hari Natal dan cuti hujung minggu, ramai 'star-star' kita tidak dapat hadir untuk mengambil bahagian.Pasukan FKUM diwakili oleh En. Che Mat Keling (JKRP) dan En. Kamarul Bahrin.

ZHC hanya sempat meluangkan sedikit masa pada hari terakhir kejohanan tersebut. Boleh tahan juga sambutan yang diberikan. Seperti kejohanan-kejohanan karom terbuka yang lain, pelbagai agensi swasta, kerajaan, badan NGO, kelab-kelab, dan juga orang perseorangan mengambil bahagian. Hadiah lumayan tu..Walaubagaimanapun, ZHC tidak sempat menunggu hingga keputusan diumumkan.Kita tunggu En. Husin Asan(PPUM) buat hebahan di UMINFO k..

p/s:- kepada star-star karom FKUM, kejohanan macam ni lah platform terbaik untuk menjadi player profesional..

///ZHC///

No comments:

Post a Comment