Saturday, December 12, 2009

Kejohanan Karom Terbuka Malaysia Airlines 2009




Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua Warga FKUM..
Kami di ksrfkum.blogspot.com mendoakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa bersemangat menjalankan tugas yang telah diamanahkan..

Pada 12 December 2009 ( Sabtu ), satu Kejohanan Karom Terbuka telah dijalankan di Pusat Latihan MAS, Kelana Jaya anjuran Kelab Sukan Malaysian Airlines. Mesti terbakar kaki-kaki karom fakulti kita ni dengar kan????? Hurmmm... Dah terlambat.. Kami pun lambat mendapat info tentang kejohanan ini.

Sambutan yang diberikan kepada kejohanan ini amatlah memberangsangkan. Penyertaan dari seluruh pelusuk tanahair terutamanya yang mewakili NGO, syarikat-syarikat swasta, jabatan-jabatan kerajaan dan tidak lupa jiran kita PPUM pun ada menghantar wakil.
Fuh!!!! Ramai jugak star2 karom Malaysia yang hadir.Rugilah kita tak hantar wakil. International player pon ader tue..

Untuk pengetahuan semua warga FKUM, kejohanan ini menggunakan papan karom berjenama Prestige (kalo tak salah ejaan lah). Insyaallah, kita dalam proses untuk membeli 4 papan karom jenama tersebut. Terbukti papan karom buatan Malaysia ini telah menjadi pilihan penganjur-penganjur kejohanan karom di seluruh Malaysia..

ZHC sempat mendekati Uncle Lim dan Mizi yang menjual 'striker' di ruang hadapan tempat kejohanan tersebut dijalankan..
Fuyyo!! Macam2 design ader. Cantik dan harganya berpatutan. Uncle Lim antara yang terkenal di Kuala Lumpur dengan kepakarannya membuat 'striker handy made'. Mizi pula menjual 'striker' dengan pelbagai design logo..

p/s:-
-That's why lah ZHC bergegas untuk hadir pada kejohanan tersebut ( nak usha papan karom) disamping beramah mesra dengan rakan-rakan dari Kelab Sukan PPUM.
Tapi xdapat nak lepak lama tunggu selesai & laporkan keputusan kejohanan tersebut kerana ada hal lain yang perlu diuruskan..

-hurmm... jawatankuasa baru ksrfkum bley la rancang utk anjurkan kejohanan terbuka mcm ni k...

///ZHC///

No comments:

Post a Comment