Thursday, September 10, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri Hari Raya Aidilfitri.
Amacam puasa? Semoga kita semua mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadah puasa.

Raya dah dekat, mesti ramai yang dah merancang cuti. Gaji pun dijadualkan pada hari ini. Bolehlah shopping untuk membuat persiapan raya. Janganlah terlalu boros berbelanja, biarlah kita bersederhana meraikan hari kemenangan ini.

Dalam sibuk membuat persiapan raya ini, janganlah kita mengabaikan amal ibadat kita. Zakat juga wajib dikeluarkan.

Sepertimana kita sedia maklum, pada 10 hari terakhir Ramadhan, kita dijanjikan pahala yang lebih berlipat ganda. Sama-samalah kita beramal ibadah kepadaNya..

Pada Isnin,7 September yang lepas, ksrfkum.blogspot.com telah membuat hebahan untuk mengadakan posting 'Ucapan Salam Aidilfitri' kepada semua Warga FKUM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amatlah membanggakan.Disebabkan kita kesuntukkan masa kerana ramai yang akan mula bercuti pada minggu hadapan, ucapan yang diterima akan mula di'post' esok ( Jumaat,11 September 2009). Kepada yang telah menghantar ucapan, diharap bersabar k!!!

Kepada yang berminat, bolehlah segera menghantar ucapan anda ke ksrfkum@gmail.com .
Kami sentiasa mengalu-alukan ucapan daripada semua Warga FKUM.

///ZHC///

No comments:

Post a Comment