Monday, September 7, 2009

Nuzul Al- Quran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Agak lama blog ini tidak mengeluarkan post terbaru. Letih berpuasa dan banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Apa khabar semua Warga FKUM?? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan terus bersemangat menjalankan tugas masing-masing disamping menjalani ibadah puasa.
Sedar tak sedar, dah 16 hari kita menjalani ibadah puasa..



Hari ini,7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran, tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Walaupun kita Warga FKUM tidak bercuti pada hari ini,semoga kita semua dapat menghayati peristiwa Nuzul Al- Quran ini dengan sebaiknya..

Salam Ramadhan..

///ZHC///

No comments:

Post a Comment