Thursday, June 4, 2009

Zoo Negara - Haiwan & Habitat Sebenar.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Seperti yang dijanjikan,kami ingin kongsikan lagi tempat yang boleh dilawati sepanjang cuti sekolah ini.Mungkin tempat ini agak familiar kepada kita kerana berada di pinggir Kuala Lumpur,tetapi terdapat banyak kelebihannya dan kami pasti anda tidak akan puas jika hanya sekali melawatinya.Pasti menghiburkan anda sekeluarga.


Inilah masa terbaik untuk menyaksikan sendiri hidupan liar yang kian diancam kepupusan seperti Badak Sumatera dan Harimau Malaya.Pelancaran Tahun Melawat Zoo Negara 2009, baru-baru ini, menjanjikan seribu satu tarikan baru kepada pengunjung sempena sambutan ulang tahun ke-45.Sehingga kini, ia memiliki 5,137 jenis haiwan daripada 459 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.
Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia, Datuk Ismail Hutson berkata pihaknya akan menambah koleksi haiwan seperti binatang eksotik daripada spesies unik bagi mencapai sasaran lebih sejuta pelancong pada tahun ini.Program pertukaran haiwan dengan China iaitu membawa antara lain beruang panda dari China untuk tatapan umum pengunjung ke Zoo Negara.Sepanjang penubuhannya, Zoo Negara yang diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia sudah menjalankan usaha pemuliharaan jangka panjang meliputi 200 spesies terancam seperti Buaya Air Tawar, False Gharial, Burung Hornbill, Milky Storks, Harimau Malaya dan Orang Utan Borneo.

Sehingga kini, zoo ini menempatkan 16 tarikan utama termasuk taman reptilia, monyet, Gajah Malaysia, taman tasik burung, kompleks beruang, akuarium air masin, dunia amfibia, Savannah Walk, Nile Hippopotamus, Cat Walk dan Mammal Kingdom.Sejajar dengan perkembangan semasa, zoo ini menerapkan konsep terbuka di mana 90 peratus daripada haiwan diletakkan dalam ruang yang luas dengan landskap seperti mana habitat semula jadi mereka.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila lawati link ini:
http://www.zoonegara.org.my/

Cuti2 FKUM!!!


///ZHC///

1 comment:

  1. MASALAH LALAT> CAPTIVATOR FLY TRAP produk baru untuk masalah lalat, mesra alam tidak mengandungi bahan kimia, tidak merbahaya kepada binatang lain mahupun manusia dan tumbuhan.berminat sila hubungi 6017 777 9059 M.fAUZI(LBM S/B) EMAIL : lembaranbudimas@yahoo.com.my / dream_jingo@yahoo.com.my

    ReplyDelete