Monday, May 18, 2009

Warga KSRFKUM Melepaskan Gian Memancing.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Diharap semua warga FKUM sentiasa sihat dan ceria menjalankan tugas masing -masing demi memajukan fakulti kita.

Pada 15 Mei 2009 (Jumaat), lebih kurang jam 11.00 malam, sekumpulan warga FKUM telah bergegas ke Kolam Sea Lion Fishing, Port Klang.Hanya satu tujuan dan hajat di hati mereka.Sekadar untuk melepaskan gian memancing dan berhibur sambil menenangkan fikiran.En. Nazarul Zaman Mohd. Nazir (JKM) telah mengetuai kumpulan tersebut.Kira - kira 35 minit perjalanan dari Universiti Malaya,mereka telah selamat sampai dengan semangat yang waja dan penuh keghairahan.

Untuk pengetahuan semua, Kolam Sea Lion Fishing, Port Klang ini sangatlah popular dikalangan kaki pancing sekitar Lembah Kelang.Terdapat 5 buah kolam memancing disediakan.Antara spesis ikan yang terdapat dalam kolam- kolam tersebut ialah Jenahak, Siakap, Kerapu, Merah, Buntik, dan Bawal Cermin.Bayaran yang dikenakan agak berpatutan jika dibandingkan dengan kepuasan yang dapat dirasai oleh kaki- kaki pancing.Minimum 3 jam dikenakan RM36.Umpan hidup (udang & ikan belanak)juga ada dijual.

Setelah mereka mendaftarkan diri dan membuat bayaran,masing - masing menyiapkan joran dan mula memancing.Mungkin kerana cuaca pada malam tersebut kurang baik, umpan kurang disambar ikan.Hampir 2 jam menanti dengan sabar, akhirnya En. Aliman Suboh (UPP,Pej.Dekan) berjaya menaikkan seekor Jenahak seberat 2Kg.

Walaupun hasil tangkapan tidak sebanyak mana,kepuasan yang dirasai tidak dapat dibayangkan dengan kata - kata.Kepada semua kaki pancing FKUM, sekiranya berminat atau ada info mengenai memancing bolehlah berkongsi dengan kami..

///ZHC///

2 comments:

  1. Tahniah. Bila nak goreng Jenahak, makan lepas ceramah bulanan KSR?

    ReplyDelete
  2. Nanti lepas ceramah bulanan, kita order ikan bakar plak k...tu pon kalo dpt kelulusan da....

    ReplyDelete