Tuesday, May 12, 2009

HARI WESAK


Hari Wesak telah disambut pada 9 Mei 2009 (Sabtu) yang lalu. Walaubagaimanapun hari cuti am tersebut telah jatuh pada hari Sabtu,maka tiadalah cuti ganti..(Asyik nak cuti jer..) Kepada seluruh penganut agama Buddha di FKUM, rasanya belum terlambat bagi kami ucapkan “Selamat Menyambut Hari Wesak”. Perayaan ini disambut rakan-rakan kita yang umumnya pengikut Mahayana dan Theravada bersempena hari kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu.

Secara literalnya Buddha membawa maksud mereka yang sedar ataupun dilimpahi nikmat pencerahan. Bagi mencapai tingkat kebahagian abadi ini, pengikut agama Buddha mestilah bebas dari dukkha; kesengsaraan kerana terikat dengan keinginan duniawi seperti tamak harta dan kerakusan kuasa.Mereka yang meneliti prajna paramitha akan menyebut “Gate gate paragate parasamgate bodhi svaha” demi mencapai tingkat nirvana dan ketenangan abadi.

Walaupun kita (warga FKUM) terdiri dari berbilang bangsa, kaum dan agama, semoga kita semua dapat bersatu dan sentiasa bekerjasama.

///ZHC///

No comments:

Post a Comment