Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com


Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Pada tarikh 10 Mei 2009 lalu, pasti ramai yang meraikan Hari Ibu dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang dilakukan walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan hati seorang ibu. Tetapi timbul ragu di hati kita, bilakah tarikh sebenarnya sambutan Hari Ibu?

Kalau cari maklumat di internet, berbagai-bagai tarikh disambut antaranya ialah:

10 Mei 2009 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

3 Mei 2009 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2009 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2009 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2009 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2009 di Indonesia…

dan lain-lain lagi… sebenarnya ada banyak lagi negara dengan tarikh sambutan yang berbeza.. tetapi kita tak ambil peduli.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam (kita yakin agama lain juga begitu) mewajibkan kita mentaati dan menghormati ibubapa pada setiap masa.

Seperti Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Di dalam hadith lain, di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Walau di mana atau siapa pun kita, ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih hidup atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan mereka bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibubapa kita sudah meninggal dunia.

Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-


“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

Ada ulama' berpendapat jika kita tidak mendoakan mereka sekurang-kurangnya 5 kali sehari, kita masih lagi dianggap sebagai menderhaka kepada ibubapa.

Berdoalah, moga-moga kita tergolong sebagai anak-anak yang soleh dan menjadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dengan tidak mensyirikkanNya.

///ZHC///

No comments:

Post a Comment