Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Mesti ramai yang bercuti pada musim cuti sekolah ni.. Bagus jugak, dapat rehatkan fikiran dan merapatkan lagi hubungan dengan anak- anak.Dah cuti,takkan nak duduk rumah jer?? Bolehlah bawa keluarga makan angin. Di sini, kami ingin kongsikan satu tempat penginapan yang amat selesa sekiranya anda singgah ke Kuala Terengganu.
Penginapan berdepan pemandangan indah menjadi antara perkara dititik beratkan pelancong apabila bercuti panjang.Ramai yang tidak ralat untuk membayar harga lebih bagi menikmati pemandangan mendamaikan dari tingkap penginapan mereka.
Tetamu di Qurata Riverside Resort (QRR) umpamanya dijanjikan pemandangan indah berikutan lokasinya berdekatan muara Sungai Ibai dan Lagun Kuala Ibai di pinggir Kuala Terengganu.Sejak dibuka kira-kira 15 tahun lalu, QRR sudah lama menjadi penginapan pelancong terutama apabila tiba musim cuti sekolah.
Menawarkan 20 bilik dengan harga berpatutan, pengurusan turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung termasuk penyaman udara.Pengurus Besarnya, Nina Amira Abdul Ghaffar, berkata QRR mampu menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan bangunan, persekitaran serta lokasinya yang berhampiran pusat bandar raya.
QRR dibina berhampiran muara sungai dan pantai. Kawasan sekitarnya dipenuhi pohon kelapa yang rendang menjadikan suasananya sentiasa sejuk walaupun pada waktu tengah hari.
Tetamu pasti tidak bosan dengan pelbagai aktiviti dianjurkan pengurusan termasuk berkayak ke lagun dan ke Pulau Kapas, menyusuri sungai dan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.Tetamu juga boleh mengadakan majlis barbeku selepas seharian suntuk melakukan aktiviti riadah.
Untuk kaki pancing pula, mereka boleh memancing di sekitar kawasan benteng atau menyewa bot untuk pengalaman memancing di laut. Ia boleh diaturkan pihak pengurusan dengan bayaran berpatutan.Ni yang buat ramai gian nie.....
Tetamu pula dihidangkan pelbagai hidangan di Qurata Bistro sambil mendengar dendangan lagu, menjelang lewat petang sehingga malam.Suasana damai ini mungkin sukar dilupakan pengunjung setiap kali mereka ke Kuala Terengganu.
Sekiranya ada yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut sila lawati link ini:
http://www.journeymalaysia.com/citykterengganuqurata.htm
Nantikan lebih banyak posting tentang tempat- tempat peranginan & rekreasi daripada kami sempena cuti sekolah ini..CUTI2 FKUM!!!
///ZHC///
No comments:
Post a Comment