Tuesday, September 21, 2010

SUKANEKA STAF UNIVERSITI MALAYA 2010

Salam Aidilfitri......

Untuk makluman Sukaneka Staf Universiti Malaya kembali lagi. Seramai 15 orang peserta diperlukan yang sekurang-kurangnya terdiri dari 5 orang peserta lelaki atau 5 orang peserta perempuan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mewakili Fakulti dalam Sukaneka bolehlah mengesahkan penyertaan anda kepada En. Yan (Pej Dekan) disambungan 7636 atau melalui email beliau yan_mna@um.edu.my.

Bagi tahun ini hanya 15 orang diperlukan bagi satu pasukan berbanding 20 orang bagi tahun lepas. Butir-butir mengenai program tersebut adalah seperti berikut

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai
Tempat : Padang Varsiti, UM


Marilah bersama-sama kita mempertahankan KEJUARAAN yang dimenangi pada tahun lepas. Berikut di senaraikan acara yang akan dipetandingkan:

  1. 'Shaolin Soccer'
  2. Memancing Botol
  3. Gelung Rotan
  4. Span Bocor
  5. 'Stickey Challenges'
  6. Menjaring Bola
  7. 'Chicken Little'
  8. Teman Tapi Mesra
  9. Ketam Ball
  10. 'Charlie Chaplin'
  11. Hembusan Kalbu
  12. Boling Padang
  13. 'Hop Ball'
  14. Balingan Maut
  15. Tendangan Berapi
  16. Pandang-pandang Jeling-jeling
  17. Jangan Pandang Belakang
  18. Tin "Limborock"
  19. Rempuh Berhalangan
Tahun ini acara yang lebih banyak berbanding tahun lepas (macam tahun lepas last minit de acara kne cancel). Saya akan update peraturan bagi setiap acara kemudian. Sesiapa yang berminat boleh sahkan penyertaan anda kerana masih ada kekosongan dan latest sebelum 8 Oktober 2010. (Maaf la orang JKE & JKM tidak termasuk sbb diorg lg sronok g Family Day).

Sekian.

Majulah Sukan untuk Fakulti.

REW/2010