Wednesday, February 24, 2010

KARNIVAL SUKAN AIR STAF 2010


Gambar Hiasan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti Malaya akan mengadakan Karnival Sukan Air Staf Universiti Malaya 2010 untuk edisi ke 10. Karnival ini dikhususkan penyertaannya dari kalangan staf-staf Universiti Malaya antara setiap PTj. Karnival ini akan diadakan pada:

Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Tasik Varsiti Universiti Malaya.

Antara acara yang dipertandingkan adalah :

Acara Sprint:
1. TK 1 200 Meter (Lelaki)
2. TK 1 200 Meter (Wanita)
3. TK 2 200 Meter (Lelaki)
4. TK 2 200 Meter (Wanita)
5. TK 2 200 Meter (Campuran)
6. TC 2 200 Meter (Lelaki)
7. TC 2 200 Meter (Wanita)

Acara Sukaneka:
1. TK 1 Kutip Bola Ping Pong 50 Meter (Wanita)
2. TK 1 Tanpa Paddle 100 Meter (Lelaki)
3. TK 1 Tanpa Paddle 100 Meter (Wanita)
4. TK 2 Tutup Mata 100 Meter (Campuran)
5. TK 2 Mengundur 100 Meter Tanpa Paddle (Lelaki)
6. TK 2 Mengundur 100 Meter Tanpa Paddle (Wanita)
7. TK 2 Pecah Belon Tanpa Paddle 100 Meter (Campuran)
8. TK2 Berdiri 100 Meter (Campuran)

Syarat Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada semua staf yang dibayar gaji oleh Bendahari, Universiti Malaya termasuk pengurusan tertinggi, dekan, pengarah, pensyarah, pegawai dan semua staf yang layak.

Semua staf Fakulti Kejuruteraan di alu-alukan untuk menyertai Karnival ini beramai-ramai bagi memeriahkan kontinjen Kejuruteraan. Penyertaan semua adalah penting dalam menaikkan imej fakulti dalam setiap sukan yang dianjurkan diperingkat universiti ataupun diperingkat yang lebih tinggi.

Latihan akan disediakan kepada semua yang berminat untuk menyertai karnival ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Pusat Sukan. Tarikh Latihan adalah seperti berikut:

1. 25 Feb 2010 (Khamis) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
2. 3 Mac 2010 (Rabu) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
3. 5 Mac 2010 (Jumaat) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
4. 10 Mac 2010 (Rabu) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm
5. 12 Mac 2010 (Jumaat) – 5.45 ptg hingga 7.30 mlm

Syarat Semasa Latihan
Setiap pasukan berpeluang berlatih 5 kali sebelum pertandingan.
Jadual Latihan perlu dipatuhi bagi mengelakkan kesesakan.
Kemas peralatan selepas menggunakannya.
Patuhi prosuder keselamatan yang ditetapkan penganjur.

Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung terus dengan En Hairil Azhar (UPP) ditalian 5315 atau email hairie@um.edu.my. Segala keterangan lanjut boleh hubungi En. Yan (Pej. Dekan).

Sekian.

mr_rew