Monday, December 28, 2009

Laporan Kejohanan Karom Terbuka UM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua Warga FKUM..
Apa khabar semua??? Puas bercuti??
'Black Monday' la arini.. Terasa berat sangat nak datang kerja da...Huh!! Abaikan semua tu,setkan minda agar kita terus bersemangat menjalankan tugas masing-masing k..

Seperti yang telah dihebahkan, pada 26 dan 27 December lepas, satu Kejohanan Karom Terbuka UM anjuran Pusat Sukan & Kelab Karom Um telah dijalankan di Dewan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

FKUM tidak ketinggalan menghantar wakil. Diketuai oleh En. Daman Huri (UPP). Mungkin disebabkan oleh cuti Hari Natal dan cuti hujung minggu, ramai 'star-star' kita tidak dapat hadir untuk mengambil bahagian.Pasukan FKUM diwakili oleh En. Che Mat Keling (JKRP) dan En. Kamarul Bahrin.

ZHC hanya sempat meluangkan sedikit masa pada hari terakhir kejohanan tersebut. Boleh tahan juga sambutan yang diberikan. Seperti kejohanan-kejohanan karom terbuka yang lain, pelbagai agensi swasta, kerajaan, badan NGO, kelab-kelab, dan juga orang perseorangan mengambil bahagian. Hadiah lumayan tu..Walaubagaimanapun, ZHC tidak sempat menunggu hingga keputusan diumumkan.Kita tunggu En. Husin Asan(PPUM) buat hebahan di UMINFO k..

p/s:- kepada star-star karom FKUM, kejohanan macam ni lah platform terbaik untuk menjadi player profesional..

///ZHC///

Thursday, December 24, 2009

Selamat Hari Natal

MERAH:-
Muhamad Azam Md. Tajudin
UICT, Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan

BIRU:-
Nur Azam Ali
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

LOKASI:- Midvalley KL.

Kami 'AZAM' ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua Warga FKUM dan kepada yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal..

p/s:- Mentang-mentang dah nak masuk tahun baru, tiba-tiba timbul plak 'AZAM-AZAM' nie..

///ZHC///

Thursday, December 17, 2009

Mesyuarat Perancangan KSRFKUM 2010


16 Desember 2009

Dr.Faisal Rafiq Mahamd Adikan (Pengerusi Kelab Sukan & Rekreasi)

En.Ahmad Khairi Abdul Wahab (Timbalan Pengerusi 1 )

En.Muhamad Azam Md Tajudin (Timbalan Pengerusi 2 )

En.Azaruddin Ibrahim (SetiaUsaha)

Cik Darianie Kamarudin (Bendahari)

Puan Rohana Ismail (Unit Ilmiiah)

En. Zulkarnain @ Khayree Faisal Ishak (Unit Lawatan dan Sebaran Am)

En Yan Mohd Nor Alif (Unit Sukan

En Nazarul Zaman Mohd Nasir (Unit Kebajikan)

En.Azizol Arifin (Jawatankuasa Bilik KSRFKUM)




Mesyuarat Perancangan Bagi Tahun 2010

Merujuk perkara diatas Mesyuarat Kelab Sukan & Rekreasi akan diadakan pada:-

Tarikh : 30 Desember 2009

Tempat : Bilik Persidangan Aras 4 Menara Kejuruteraan

Masa : 10.00 pagi

Sehubungan dengan itu,Setiap ketua unit hendaklah melantik AJK masing-masing dan AJK tersebut hendaklah menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Sekian,terima kasih

“MAJULAH SUKAN UNTUK FKUM”

Yang benar

DR.FAISAL RAFIQ MAHAMD ADIKAN

Pengerusi

Kelab Sukan & Rekreasi

Fakulti Kejuruteraan

Universiti Malaya.


s.k Dekan

Timbalan Dekan (Pembangunan)

Pejabat Dekan

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanik

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan

Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia

Ketua Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk & Pembuatan

Setiausaha KS&RFKUM

Selamat Menyambut Awal Muharam 1431


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..

Sekadar meraikan salah satu Hari Kebesaran bagi yang beragama Islam. Esok kita semua akan bercuti sempena Awal Muharam. ksrfkum ingin berkongsi sedikit ilmu untuk di amalkan..

Semoga tahun hadapan lebih baik daripda tahun ini.. Insyaallah....

///zhc///

Wednesday, December 16, 2009

Kejohanan Karom Terbuka UM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Apa khabar semua?
ksrfkum mendoakan agar kita semua sihat sejahtra dan terus bersemangat melakukan amanah yang telah diberikan.

Sekadar hebahan untuk semua kaki-kaki karom.. Berita baik!!!!


Ini adalah kejohanan terbuka. Dijemput semua orang perseorangan,kelab persatuan dan semua badan swasta & kerajaan.

Kepada semua staf Universiti Malaya, staf PPUM dan Pelajar yang berminat, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai kejohanan "KAROM TERBUKA UM" yang akan diadakan seperti berikut:

Perkara: Kejohanan Karom Terbuka UM

Tarikh: 26 & 27 Disember 2009 (Sabtu & Ahad)

Tempat: Dewan Mengkula, Fakulti Bahasa & Linguistik, UM

Yuran Penyertaan: Perseorangan RM30.00, Beregu RM60.00 (Pelajar dikenakan separuh bayaran - sila bawa kad matrik)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Disember 2009. Segala pertanyaan sila berhubung dengan urusetia:

i) Hussin Asan - 013-3919619 (x7047)

ii) Hamid Mohamed - 019-2632988

iii) Zaridah Md. Nadzir - 012-9236800 (x5481)

iv) Md. Yani Zakaria - 019-2445307

Sekian, untuk makluman..

p/s:- Che Mat JKRP: Per tunggu lagi?? Bleh la kumpul geng.. En. Ahmad Daman dah gigil ni....Huhuhuhu


///zhc///


Saturday, December 12, 2009

Kejohanan Karom Terbuka Malaysia Airlines 2009




Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua Warga FKUM..
Kami di ksrfkum.blogspot.com mendoakan agar kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa bersemangat menjalankan tugas yang telah diamanahkan..

Pada 12 December 2009 ( Sabtu ), satu Kejohanan Karom Terbuka telah dijalankan di Pusat Latihan MAS, Kelana Jaya anjuran Kelab Sukan Malaysian Airlines. Mesti terbakar kaki-kaki karom fakulti kita ni dengar kan????? Hurmmm... Dah terlambat.. Kami pun lambat mendapat info tentang kejohanan ini.

Sambutan yang diberikan kepada kejohanan ini amatlah memberangsangkan. Penyertaan dari seluruh pelusuk tanahair terutamanya yang mewakili NGO, syarikat-syarikat swasta, jabatan-jabatan kerajaan dan tidak lupa jiran kita PPUM pun ada menghantar wakil.
Fuh!!!! Ramai jugak star2 karom Malaysia yang hadir.Rugilah kita tak hantar wakil. International player pon ader tue..

Untuk pengetahuan semua warga FKUM, kejohanan ini menggunakan papan karom berjenama Prestige (kalo tak salah ejaan lah). Insyaallah, kita dalam proses untuk membeli 4 papan karom jenama tersebut. Terbukti papan karom buatan Malaysia ini telah menjadi pilihan penganjur-penganjur kejohanan karom di seluruh Malaysia..

ZHC sempat mendekati Uncle Lim dan Mizi yang menjual 'striker' di ruang hadapan tempat kejohanan tersebut dijalankan..
Fuyyo!! Macam2 design ader. Cantik dan harganya berpatutan. Uncle Lim antara yang terkenal di Kuala Lumpur dengan kepakarannya membuat 'striker handy made'. Mizi pula menjual 'striker' dengan pelbagai design logo..

p/s:-
-That's why lah ZHC bergegas untuk hadir pada kejohanan tersebut ( nak usha papan karom) disamping beramah mesra dengan rakan-rakan dari Kelab Sukan PPUM.
Tapi xdapat nak lepak lama tunggu selesai & laporkan keputusan kejohanan tersebut kerana ada hal lain yang perlu diuruskan..

-hurmm... jawatankuasa baru ksrfkum bley la rancang utk anjurkan kejohanan terbuka mcm ni k...

///ZHC///

Kelahiran Bayi Kembar - En. Nasrul Fawaid(JKE)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Apa khabar semua?? Mesti semuanya sibuk.Macam biasalah hujung-hujung tahun nie...

PENGUMUMAN!!!!
Pihak KSRFKUM telah menerima berita baik mengenai kelahiran bayi sulung En. Nasrul Fawaid dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada pagi Khamis (10 December 2009). Kembar lelaki pulak tu. Alhambdulillah, bayi-bayi serta pasangan saudara kita ini telah selamat.

Bayi pertama (puple) dinamakan MUHAMAD ALIF IRFAN, manakala bayi kedua diberi nama MUHAMAD ALIF ZAFRAN.

Kami di KSRFKUM@BLOGSPOT.COM mengucapkan tahniah kepada En. Nasrul Fawaid dan pasangannya..

p/s:- dah ada anak, kner jadi bapa mithali lah k... jgn bz ngan NARUTO jerk...heheheh

///zhc///

Monday, December 7, 2009

Pasukan Tenpin Boling FKUM Tunjuk Belang dalam Piala Naib Canselor 2009









Assalamualaikum & Salam Satu FKUM kepada semua Warga FKUM.
Kali ini,pasukan Tenpin Boling FKUM pula mengharumkan nama Fakulti kita..

Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Censelor 2009 bertempat di Cinelisure Damansara telah dijalankan Sabtu lalu (5 December 2009).

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian.

Fakulti Kejuruteraan diwakili olih 5 pemain

  1. En. Mohd Said Sakat -- Mekanik (pengurus)
  2. En. Abu Haiyan Din -- Mekanik
  3. En. Mohd Yusof Yazid -- Rekabentuk
  4. Pn Salina Maiden -- Kimia
  5. Cik Janathal -- Awam

Keputusan. acara berpasukan

Johan PPUM A

Naib Johan Kejuruteraan

Ketiga Pusat Asasi Sains

Keempat F. Sains

Kelima PPUM B

Keenam Perpustakaan


Keputusan acara individu

Johan Ahmad Radzi P.asasi Sains

N. Johan Mohd Yusof Yazid Kejuruteraan

Ketiga AbdRazak Mahmud PPUM A


Acara VIP

Johan Dr Jaafar Jamri Tim Peng.P.A Sains

N. Johan Dr Hanafi K. Fak. Sastera

Ketiga Prof Madya Nor Edzan K. Perpustakaan

Keempat Prof Hamzah Abd rahman TNC


High Game

Lelaki Mohd Yusof Yazid KEJURUTERAAN

Wanita Woo Mei Mei

Tahniah!!! Tahniah!!!

P/s:-

Fuyyo!!! masih berbisa otai-otai kita nie....

Xterlawan player boling kita yg muda2 nie...

Semoga FKUM terus cemerlang,gemilang, & terbilang....

///zhc///

Wednesday, December 2, 2009

Mesyuarat KSR ke-6 (Penutup Tahun & AJK 2010)

(Ini hanya gambar hiasan-tidak kena mengena antara hidup dan mati...huhuhuhuhu)



3 Desember 2009

Pejabat Dekan

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanik

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan

Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia

Ketua Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk & Pembuatan

Mesyuarat Kelab Sukan & Rekreasi

Mesyuarat Kelab Sukan & Rekreasi akan diadakan pada:-

Tarikh : 9 Desember 2009

Tempat : Dewan Kuliah 6

Masa : 12.00 Tengahari

Sukacita sekiranya dapat menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil bagi setiap jabatan

Sekian,terima kasih

Yang benar

DR.FAISAL RAFIQ MAHAMD ADIKAN

Pengerusi

Kelab Sukan & Rekreasi

Fakulti Kejuruteraan

s.k Dekan

Timbalan Dekan (Pembangunan)

Setiausaha KS&RFKUM

AGENDA MESYUARAT KELAB SUKAN & REKREASI FAKULTI KEJURUTERAAN

  1. Pelantikan AJK-AJK bagi tahun 2010
  2. Pembelian peralatan KS&RFKUM 2009
  3. Laporan kemajuan Unit Lawatan
  4. Laporan kemajuan Unit Kebajikan
  5. Laporan Kemajuan Unit Ilmiah
  6. Gotong royong bilik KS&RFKUM yang baru.
  7. Lain-lain hal.


p/s: kepada semua ketua unit, jgn lupa sediakan bahan laporan untuk dibentangkan.

Arap semua ajk baru yang akan dilantik dapat memajukan lagi KSRFKUM di masa hadapan..


///ZHC///


Tuesday, December 1, 2009

Salam AidilAdha 2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua Warga FKUM...
Rasanya belum terlambat nak wat ucapan Hari Raya Haji ni....

Daripada: En. Shamsuddin & Isteri (Puan Ani)

Jabatan: Dulu Pejabat Dekan,sekarang JKK

Acappan..opsss silap plak..ucapan....:

Saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat..Selamat..Selamat..Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin...minta diHALALkan makan dan minum...diMAAFkan jika ada yang terSALAH kata..TERUMPAT KEJI dan lain.lain...lagi....semoga di Hari Raya ini kita akan BERGUMBIRA....(kalau lepas raya nak repair moto..keta...apa2 aje...boleh call saya....asal barang jadi DUIT..).


p/s: sorry bro,lambat skit upload.gua cuti raya awal da....


///ZHC///