Thursday, September 17, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA: En. Syuib Samsir

JAWATAN: Juruteknik

JABATAN / UNIT: JABATAN KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN

UCAPAN:

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga FKUM. Saya memohon ampun sekiranya ada kesilapan yang telah dilakukan.Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah,yang buruk dari kelemahan diri saya..
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali kepada warga FKUM yang beragama Hindu dan rakan-rakan yang tidak penuh puasa.

p/s: JANGAN PANDANG BELAKANG!!!

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA : EN. HAFIZ & PN. SELAMAH

JAWATAN: PEMBANTU TADBIR (P/O)

JABATAN/ UNIT: PEJABAT DEKAN KEJURUTERAAN

UCAPAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA FAKULTI TERUTAMA STAF-STAF PEJABAT DEKAN, UPP, UICT. MAAF DI MINTA JIKA KAMI ADA MEMBUAT KESALAHAN.

p/s: Wah!!! Posing dah macam dekan ngan setiausaha plak.. Ada gaya lah!!!

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

NAMA: Mohd Fahmy bin Rusli (jem)

JAWATAN: Pembantu Am Pejabat

JABATAN:
Jabatan Rekabentuk & Pembuatan

UCAPAN:

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Fakulti Kejuruteraan.

Sekiranya terdapat salah dan silap dari saya sepanjang perkenalan, persahabatan dan semasa menjalankan tugas di Fakulti Kejuruteraan. Dengan ini saya ingin meminta duit raya... Opppss... silap plakkk...

Dengan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua sekiranya ada tersalah kata, tersilap bahasa harap dimaafkan... AMIN...

(SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN)

p/s: Ni dah ondaway balik kg ker???? Control 'MacHo' nampak!! Hehehehe

///ZHC///


Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


Nama & Jawatan:-

En.Ishak Mohd - Juruteknik
En.Osman Sadikin -Juruteknik
En.Azaruddin Ibrahim - Juruteknik
En.Sazali Sapie- Juruteknik
Cik.Fazizah Abdullah-Pembantu makmal
Pn.Azira Idris - Pembantu makmal

Jabatan: Jabatan Kej.Kimia

Ucapan: Kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua warga Fakulti Kejuruteraan dan memohon maaf sekiranya ada salah & silap..maafkan kami zahir batin..
Pantun 1 malaysia...

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

p/s: Ni gabungan otai ngan org muda kimia ni...Bagusnyer idea... Pecah perut baca pantun nie....Hehehehe

///ZHC///

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

NAMA & JAWATAN:-

(Dari kiri ke kanan, duduk No. 10)

1. Puan Normah Saleh – Pembantu Tadbir (P/O)

2. Puan Aishah Abdul Rahman – Kerani Kanan

3. Puan Zaharah Jahari – Pembantu Tadbir (P/O)

4. Puan Roslawati Hassan – Pembantu Tadbir (S/U)

5. Puan Jackie See Geok Hong – Pembantu Tadbir (S/U)

6. Cik Darianie Kamarudin – Pegawai Kewangan

7. Encik Yan Mohd Alif Mohd Noh – Penolong Pendaftar

8. Encik Samsuddin Daud – Pembantu Tadbir Rendah

9. Encik Mohd Asdi Amiruddin – Pembantu Tadbir Rendah

10. Puan Norsamsiah Ariffin – Setiausaha Kanan


JABATAN/ UNIT: Pejabat Dekan, Fakulti Kejuruteraan.


UCAPAN:

“ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA STAF FAKULTI KEJURUTERAAN

DAN KAMI MEMOHON MAAF DIATAS SEGALA KESILAPAN (jika ada).

SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA DAN BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA”


p/s: balik cuti raya nanti,bley la rancang wat makan2 Hari Raya k..


///ZHC///



Tuesday, September 15, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

NAMA: En. Adli Iskandar Putera

JAWATAN: Juruteknik

JABATAN/ UNIT: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan.

UCAPAN:

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Fakulti Kejuruteraan.
Sekiranya terdapat salah dan silap dari saya sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak, lama atau baru, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf.
(^_^) v

p/s: Aik??? Kemain lagi En. Alim kiter tersenyum.
Jgn mara En. Alim k.. Xper...Kitorang paham... Hehehehe

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA: En. Kamaruddin Hassan

JAWATAN: Juruteknik.

JABATAN / UNIT: Jabatan Kejuruteraan Kimia.

UCAPAN:

Saya ingin menujukan serangkap pantun kepada semua Warga FKUM-

Ikan sembilang masak kari,

Dimakan bersama sayur kailan,

Selamat hari raya aidilfitri,

Untuk semua warga kejuruteraan.

MAAF ZAHIR & BATIN.


p/s: Semoga berbahgia disamping keluarga dan anak-anak..

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

NAMA: En. Hairil Azhar & Isteri, Pn. Nursazila Zulkifly

JAWATAN: Juruteknik

JABATAN/ UNIT: Unit Perkhidmatan Pusat, Pejabat Dekan.

UCAPAN:

Selamat hari raya untuk semua warga FKUM yang kenal @ tak kenal...

Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa @ terkata @ terumpat @ terkutuk dan lain2 lagi yang boleh mengusik jiwa @ hati @ perasaan, harap di maafkan..begitu juga sebaliknya...amin...

BERHATI2 MEMANDU...BERHATI2 BERAYA..BERHATI2 SEGALANYA....

p/s: Steady Bro!!! Semoga Bro bergembira & berbahagia bersama keluarga tercinta di Hari Raya ini.

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA & JAWATAN :

Puan Che Mazni Sidek – Penolong Pendaftar

Puan Zunaida Alwadood – Pembantu Tadbir (S/U)

Puan Halijah Ramlah – Pembantu Tadbir (P/O)

Puan Lailah Hamzah – Pembantu Tadbir (P/O)

Puan Siti Wardah Abd Hamid – Pembantu Tadbir (P/O)

Encik Arief Zaki Togin – Pembantu Penyelidik

JABATAN/ UNIT: Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Ijazah Tinggi)

UCAPAN:

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KEPADA SEMUA STAF FAKULTI KEJURUTERAAN

DAN MEMOHON SERIBU KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT SALAH DAN SILAP DALAM

MASA KITA BERURUSAN SEHARIAN. SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH.”


p/s: Terima kasih kepada semua staff Pejabat TDIT kerana memberi sokongan kepada ksrfkum.. Tapi naper tak ajak TDIT baru kita join samer??? Mesti lagi meriah.

///ZHC///

Monday, September 14, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA: Pn. Rohana Ismail

JAWATAN: Pembantu Tadbir
Ketua Biro Ilmiah

JABATAN/UNIT: Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan

UCAPAN:

STAF JABATAN KEJURUTERAAN BIOPERUBATAN,
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF DZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA FAKULTI KEJURUTERAAN.

p/s: lepas raya nanti kita wat ceramah ilmiah lg k..

///ZHC///

Sunday, September 13, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA: En. Abdul Halim Mohamed & Isteri

JAWATAN: Juruteknik

JABATAN/ UNIT: Unit Perkhidmatan Pusat
(Orang Kuat KSRFKUM)

UCAPAN:

Selamat Hari Raya Utk semua Warga Fakulti.Kalau ada tersalah dan terkasar bahasa harap dimaafi.
Sikap yang tak puas hati janganlah simpan dalam hati.
Kita ni kan satu family.
Satu fakulti mesti bersatu hati.
Masa menang jangan bangga diri.
Bila kalah jangan pula jauhkan diri.Lepas ni lu pikir lah sendiri.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

p/s: Wah!! Berpantun pulak En. Alim kiter nie...Nie pantun Sukan Antara Jabatan Ni...Hehehehe


//ZHC///

Friday, September 11, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

NAMA: En. Awallul Azmi Awalludin

JAWATAN: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

JABATAN: Unit ICT

UCAPAN:
Selamat IdulFitr, Maaf Zahir Batin kepada seluruh
muslimin & muslimat FKUM.
Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf jika ada kesalahan yang saya lakukan.

p/s: Fuiyyo!! background Bukit Jugra tu...

///ZHC///

Thursday, September 10, 2009

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09


NAMA: Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan & Keluarga

JAWATAN: Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Pengerusi KSRFKUM
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik

JABATAN/ UNIT: Jabatan Kejuruteraan Elektrik

UCAPAN:

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga FKUM terutama kepada Jawatankuasa KSRFKUM serta staf akademik & sokongan.
Menyusun Sepuluh Jari, Memohon Ampun & Maaf Sekiranya Terdapat Kesalahan.

p/s:- Wah, dah macam 'pak aji' pengerusi kita ni.Ada bakat jadi ketua kampung ni..
Hehehehe....

///ZHC///

Ucapan Salam Aidilfitri - KSRFKUM '09

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri Hari Raya Aidilfitri.
Amacam puasa? Semoga kita semua mendapat keberkatan sepanjang menjalankan ibadah puasa.

Raya dah dekat, mesti ramai yang dah merancang cuti. Gaji pun dijadualkan pada hari ini. Bolehlah shopping untuk membuat persiapan raya. Janganlah terlalu boros berbelanja, biarlah kita bersederhana meraikan hari kemenangan ini.

Dalam sibuk membuat persiapan raya ini, janganlah kita mengabaikan amal ibadat kita. Zakat juga wajib dikeluarkan.

Sepertimana kita sedia maklum, pada 10 hari terakhir Ramadhan, kita dijanjikan pahala yang lebih berlipat ganda. Sama-samalah kita beramal ibadah kepadaNya..

Pada Isnin,7 September yang lepas, ksrfkum.blogspot.com telah membuat hebahan untuk mengadakan posting 'Ucapan Salam Aidilfitri' kepada semua Warga FKUM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amatlah membanggakan.Disebabkan kita kesuntukkan masa kerana ramai yang akan mula bercuti pada minggu hadapan, ucapan yang diterima akan mula di'post' esok ( Jumaat,11 September 2009). Kepada yang telah menghantar ucapan, diharap bersabar k!!!

Kepada yang berminat, bolehlah segera menghantar ucapan anda ke ksrfkum@gmail.com .
Kami sentiasa mengalu-alukan ucapan daripada semua Warga FKUM.

///ZHC///

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al- Quran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Warga FKUM..
Agak lama blog ini tidak mengeluarkan post terbaru. Letih berpuasa dan banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Apa khabar semua Warga FKUM?? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan terus bersemangat menjalankan tugas masing-masing disamping menjalani ibadah puasa.
Sedar tak sedar, dah 16 hari kita menjalani ibadah puasa..



Hari ini,7 September bersamaan dengan 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran, tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Walaupun kita Warga FKUM tidak bercuti pada hari ini,semoga kita semua dapat menghayati peristiwa Nuzul Al- Quran ini dengan sebaiknya..

Salam Ramadhan..

///ZHC///