Friday, August 28, 2009

Selamat Hari Merdeka, MALAYSIA - 52 TAHUN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa khabar semua Warga FKUM?
Diharap semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan kuat menjalani ibadah puasa.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..

Dalam kita tenang menjalani bulan Ramadhan ini, ader lagi satu tarikh yg dinanti - nantikan oleh semua rakyat Malaysia....Tanggal 31 Ogos genaplah kemerdekaan negara yg ke-52..Kemerdekaan dan Ramadhan kali ini disambut dengan virus H1N1...Virus yg ditakuti dan membunuh tanpa kita sedari...Ada hikmah disebalik apa yang sedang berlaku ini.Semoga kita dapat mengecapi kemanisannya setelah mengharungi kepahitan ini.
Insyaallah...


“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah.
Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi...

Kepada semua WARGA FKUM, KSRFKUM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-52..

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


///ZHC///

Tuesday, August 25, 2009

Futsal Wanita


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa khabar semua Warga FKUM? Diharap sentiasa berada dalam keadaan sihat & ceria menjalani ibadah puasa.

Pada (18 Ogos 2009) yang lalu, perlawanan futsal wanita telah dijalankan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan amat membanggakan.

Keputusan bagi acara tersebut adalah seperti berikut:-


JOHAN = JKA & JKM
NAIB JOHAN = GABUNGAN & JKRP
KE-3 = JKE & JKK


Tahniah kepada yang berjaya...

///ZHC///

Friday, August 21, 2009

Waktu Bekerja Dalam Bulan Puasa 2009


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Seperti yang kita semua sedia maklum, esok ( 22 Ogos 2009) kita semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Malam ini juga, semua masjid & surau akan mula menjalankan solat Tarawikh. Semoga kita semua Warga FKUM dapat menikmati kemanisan bulan yang mulia ini..

Seperti amalan pada tahun-tahun yang lepas, waktu bekerja sepanjang bulan Ramadhan bagi staff beragama Islam adalah seperti berikut:-


ISNIN HINGGA KHAMIS -
8.00 pagi hingga 1.30 petang
(waktu rehat dari 1.30 petang hingga 2.00 petang)
2.00 petang hingga 4.30 petang


JUMAAT -
8.00 pagi hingga 12.45 tengahari
(waktu rehat dari 12.45 tengahari hingga 2.45 petang)
2.45 petang hingga 4.30 petang


Posting ini merujuk kepada hebahan uminfo bertarikh 17 Ogos 2009, nombor rujukan UM.R/BPK/880/2.
Sama-samalah kita gunakan kelonggaran yang diberi oleh pihak Universiti Malaya dengan sebaik mungkin.Kepada para ibu, sempatlah untuk pulang dan menyediakan juadah berbuka puasa. Perlu diingat kepada yang mengunjungi Pasar Ramadhan, jangan terlalu mengikut nafsu dan akhirnya menyebabkan pembaziran..

Semoga kita semua dapat menjadikan Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan yang terbaik.


///ZHC///

KEPUTUSAN ACARA KAROM & FUTSAL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa khabar semua Warga Fkum???? Di pagi hari yang mulia ini, diharap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu.


KAROM

Pada hari Rabu (19 Ogos 2009) yang lalu, perlawanan akhir karom telah dijalankan. Nampaknya banyak masalah yang timbul. Mungkin disebabkan terlalu banyak program, dan komitmen yang perlu diberikan oleh pemain menyebabkan sebilangan pasukan tidak dapat mengumpulkan pemain mereka.Walaubagaimanapun, keputusan pengurusan tetap kami hormati.




JUARA - GABUNGAN A
NAIB JUARA - JKRP
TEMPAT KE-3 - JKK



FUTSAL
Perlawanan akhir untuk acara futsal telah dijalankan petang semalam ( 20 Ogos 2009) di Gelangganag Futsal Hadapan Fakulti Undang-Undang. Walaupun gelanggang agak basah, semangat kesukanan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pasukan amat membanggakan.



JUARA - GABUNGAN
NAIB JUARA - JKA
TEMPAT KE-3 - JKE

Buat masa ini, kesemua baki acara untuk Sukan Antara Jabatan 2009 akan ditangguh sepanjang Ramadhan ini. KSRFKUM juga akan menjalankan banyak aktiviti terutamanya pengisian rohani sepanjang Ramadhan. Diharap semua Warga FKUM dapat mengikuti program yang dijalankan dan mendapat barakah sepanjang menunaikan ibadah puasa ini.



///ZHC///

Wednesday, August 19, 2009

Karom - Separuh Akhir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pusingan separuh akhir untuk acara karom telah dijalankan tengahari semalam ( 18 Ogos 2009).
Tahniah kepada GABUNGAN A & JKRP kerana berjaya untuk memasuki pusingan akhir.

GABUNGAN B & JKK pula akan bersaing untuk menentukan tempat ke-3 & ke-4.
Ini perlawanan penentuan untuk merebut hadiah tempat ke-3.Perlawanan dijangka sengit & mendebarkan.

Disebabkan kesuntukkan masa & terdapat banyak aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, setiap pasukan perlu berbincang dengan pengurus acara untuk menentukan tarikh & masa perlawanan akan diadakan bagi mengelak ketidak hadiran peserta bagi setiap pasukan. Kita akan cuba sedaya upaya untuk menamatkan acara sebelum masuknya bulan Ramadhan..

///ZHC///

Tuesday, August 18, 2009

Futsal Lelaki- Day 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Walaupun hujan, gelanggang futsal agak basah, semangat yang ditunjukkan oleh pasukan JKE & JKK petang semalam ( 17 Ogos 2009), amatlah dihargai. Kemenangan berpihak kepada JKE..

JKM pula tak nampak batang hidung da.Kita bagi JKA menang free jer lah...JKM tarik diri da..

Kita lihat saper yang kena!!!!

///ZHC///

Karom - Day 5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Perlawanan karom pusingan ke-5 diantara GABUNGAN B & JKK telah dijalankan tengahari semalam (17 Ogos 2009).


Kemenangan telah berpihak kepada JKK.Dengan selesainya perlawanan semalam,kita telah mendapat keputusan untuk setiap kumpulan.


KUMPULAN A
JUARA = JKRP
NAIB JUARA = GABUNGAN A


KUMPULAN B
JUARA = JKK
NAIB JUARA = GABUNGAN B


Nantikan perlawanan seterusnya yang dijadualkan tengahari ini..


///ZHC///

Monday, August 17, 2009

Futsal Lelaki- Sukan Antara Jabatan 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Apa khabar semua Warga FKUM??? Puas bercuti hujung minggu????? Mesti rasa berat jer nak kejer ari ni kan???? Jangan macam tu k..Kerja ni pun satu ibadah.. Hanya perlu ikhlas menjalankan kewajipan masing-masing..

Pembahagian kumpulan telah dijalankan:-

KUMPULAN A
1. JKK
2.JKE
3.JKRP
KUMPULAN B
1.JKA
2.JKM
3.GABUNGAN

En. Syuib Samsir ( Pengurus Acara Futsal Lelaki) telah mengeluarkan jadual perlawanan yang akan dijalankan sepanjang minggu ini..

17 OGOS 2009
1. JKK VS JKE
2. JKA VS JKM
18 OGOS 2009
1. JKRP VS JKE
2. JKM VS GABUNGAN
19 OGOS 2009
JKK VS JKRP
JKA VS GABUNGAN
20 OGOS 2009
SEPARUH AKHIR
1. JUARA KUMPULAN A VS NAIB JUARA KUMPULAN B(1)
2. JUARA KUMPULAN B VS NAIB JUARA KUMPULAN A (11)
AKHIR
1. JUARA DARI (1) VS JUARA DARI (11)

(SEMUA PERLAWANAN BERLANGSUNG DI GELANGGANG FUTSAL FAKULTI UNDANG- UNDANG, TEPAT JAM 5.30 PETANG)
///ZHC///

Karom - Day 4



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Pada Khamis (13 Ogos 2009) yang lalu,perlawanan karom pusingan ke-3 telah dijalankan.

Keputusannya adalah seperti berikut:-




GABUNGAN A VS JKRP

JKRP MENANG 2-1


JKM VS JKE

JKM MENANG FREE 3-0





Tahniah diucapkan kepada yang berjaya untuk ke pusingan seterusnya. Pada hari ini (17 Ogos 2009) dijadualkan GABUNGAN B bertemu JKK..


Datanglah beramai-ramai & memberi sokongan kepada rakan kita yang bertanding...





///ZHC///

Friday, August 14, 2009

Ubat Gigi Beracun


Warga FKUM adalah dinasihati supaya berhati-hati dengan produk ubat gigi jenama Colgate dan Darlie yang dikilang di negara China. Ubat gigi ini didapati positif mengandungi kimia beracun "Diethylene Glycol (DEG)". Apa itu DEG? Ia merupakan bahan kimia bertoksik, ia digunakan dalam radiator kereta, ia adalah bahan pelarut, ia adalah agen pemekat, ia adalah alternatif murah kepada gliserin, ia mengakibatkan sistem saraf badan lumpuh.

Maka awaslah!. Jangan sampai anda tertipu dengan tawaran harga murah ubat gigi ini di pasaraya-pasaraya di tempat anda tinggal. Ianya dengan sengaja dilambakkan di seluruh Malaysia.
Tanggungjawab anda ialah untuk menyebar luaskan berita ini kepada rakan taulan, saudara mara dan keluarga, dan jiran tetangga. Siapa lagi yang hendak diharapkan..kalau tidak anda.!

Ceramah Bulanan KSRFKUM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Salam Jumaat kami ucapkan.Semoga semua Warga FKUM mendapat rahmat di hari yang mulia ini..

Satu ceramah bulanan telah diaturkan oleh Unit Ilmiah,KSRFKUM :-

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 12.30 tengahari -2.00 petang
Tempat : DK6, Fakulti Kejuruteraan

Tajuk ceramah ialah "Kelebihan Bekerja Dalam Bulan Ramadhan". Penceramah adalah Ustaz Anwar Ridwan Zakaria daripada Akademi Pengajian Islam.

Semua dijemput hadir.Datang, jangan tak datang!!!

///ZHC///

Thursday, August 13, 2009

Karom - Day 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Perlawanan Karom pusingan ke-3 telah dijalankan semalam (12 Ogos 2009),
Keputusan perlawanan karom tersebut ialah:-



GABUNGAN A VS JKM
GABUNGAN A MENANG 3-0



JKRP VS JKE
JKRP MENANG 3-0

Untuk hari ini, GABUNGAN A akan bertemu JKRP, manakala JKM akan bertemu JKE..

///ZHC///

Penyerahan Kutipan Derma.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pada 29 Julai 2009 yang lalu, Unit Kebajikan KSRFKUM telah melancarkan tabung kutipan derma untuk Pn. Zaharah Bt. Jahari (Staf Pejabat Dekan) kerana kematian suami.

Alhamdulillah, kutipan derma yang telah tamat dijalankan pada 7 Ogos 2009, telah dapat mengumpulkan RM553. Kami mewakili Pn. Zaharah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga FKUM yang telah sudi menghulurkan derma.Semoga segala usaha yang kita lakukan ini mendapat keberkatan daripada Nya..

Unit Kebajikan KSRFKUM juga menyeru kepada semua warga FKUM agar mendoakan Allahyarham suami Pn. Zaharah sentiasa berada dalam keadaan aman.

Penyerahan kutipan derma telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan diiringi Pengerusi KSRFKUM pada 12 Ogos 2009.

///ZHC///




Wednesday, August 12, 2009

MARHABAN YA RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta para sahabat sekaliannya. Semoga dilimpahkan Allah akan rahmat-Nya kepada kita semua muslimin & muslimat FKUM... Amin. amma ba'du;

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H
Satelah berlalu bulan Rejab, bulan yang di dalamnya terjadi peristiwa besar ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw iaitu peristiwa Isra' wal Mi'raj dimana Rasulullah saw menerima perintah kefardhuan solat lima waktu.Satelah itu didatangi pula bulan Sya'ban, yang di dalamnya terdapat malam Nisfu Sya'ban yang penuh pengampunan dan segala amal sepanjang tahun diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah swt.Dan kini pula yang dinantikan muncul bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat Lailatul Qadar, malam seribu bulan.

Ramadhan tidak datang melainkan sekali dalam setahun. Mengunjungi kita secara tidak sentiasa, maka ia amatlah dikasihi. Oleh itu, MIMBAR KSR ingin mengajak saudara saudari muslim untuk menghayati Ramadhan serta pengisiannya melalui bahan-bahan yang akan disiarkan di dalam blog http://ksrmimbar.blogspot.com/ mulai esok.

Jangan lepaskan peluang ini untuk kita sama-sama beramal dan mengambil faedah-faedahnya. Ingat! ..belum tentu kita akan menemui bulan Ramadhan yang akan datang...entah-entah ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.

=ksrmimbar=

Karom - Day 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar Warga FKUM????? Hujan lebat pagi ni... Ada yang kuyup datang ofis??? Hujan rahmat tu.... Yang penting kita sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab yang diberikan..

Untuk acara karom yang telah dijalankan tengahari semalam (11 Ogos 2009):-

GABUNGAN B VS JKA
GABUNGAN B MENANG 2-1

JKM VS JKRP
JKRP MENANG 2-1


UNTUK PERLAWANAN HARI INI,SEPERTI YANG TELAH DI JADUALKAN:-

GABUNGAN A VS JKM
JKRP VS JKE

Datanglah beramai-ramai.. Pasti meriah kerana persaingan sengit dijangka akan dipamerkan oleh semua peserta...



///ZHC///

Papan Notis Keputusan Sukan Antara Jabatan 2009


Keputusan-keputusan perlawanan sukan antara Jabatan 2009 dipamerkan di ruang legar lobi Menara Kejuruteraan. Disana juga ditunjukkan jadual-jadual perlawanan yang akan berlangsung dan perlawanan-perlawanan yang masih berbaki lagi.
Jika anda ingin datang menyaksikan perlawanan Jabatan anda dan memberi sokongan atau melibatkan diri dalam perlawanan tersebut, dapatkan maklumat itu di papan notis di lobi Menara Kejuruteraan.
"Majulah Sukan untuk Fakulti"

Tuesday, August 11, 2009

Perlawanan Bola Tampar - Day 5 (FINAL)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Perlawanan akhir acara bola tampar telah berjaya dijalankan petang semalam (10 Ogos 2009). Walaupun hujan renyai- renyai, saingan yang diberikan amat baik.



Pertembungan antara JKRP & JKA untuk merebut kejuaraan dalam acara ini telah berpihak kepada JKRP. Tahniah JKRP!!!



Disebabkan pasukan JKM tidak turun, GABUNGAN menang percuma dan berjaya mendapat tempat ke-3. Knaper JKM tak turun?? Penentu hadiah nie... Manyak lugi lorrrr....



Dengan berakhirnya perlawanan petang semalam,maka berakhirlah perlawanan untuk acara bola tampar Sukan Antara Jabatan tahun ini.

Pihak penganjur menyusun jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan selama acara ini dijalankan. Ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang memberi kerjasama & sambutan yang memberangsangkan.


///ZHC///

Kutipan Derma Mangsa Kebakaran

Dukacita dimaklumkan bahawa Cik Norfazila binti Mohd Sultan, seorang pelajar ijazah tinggi (KGA 080079),Pembantu Penyelidik dan Pengajar Sambilan di Jabatan Kejuruteraan Mekanik, dan keluarga telah ditimpa bencana kebakaran rumah mereka pada 26 Julai 2009 lalu.

Oleh yang demikian, beliau amat memerlukan bantuan berbentuk wang ringgit bagi meringankan bebaban yang ditanggung sekeluarga. Jabatan Kejuruteraan Mekanik, telah melancarkan satu kutipan derma kilat untuk tujuan tersebut.

Tuan/puan warga FKUM boleh menyalurkan sumbangan tuan/puan ke tabung bencana kebakaran itu di Pejabat Am, Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Aras 5, Menara Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan @ boleh hubungi talian 03-79675204 untuk maklumat lanjut.

KSRFKUM sekadar mengambil inisiatif menyebar luas berita sedih ini.

Karom - Day 1


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Semalam, (10 Ogos 2009), pusingan pertama untuk acara Karom telah pun dijalankan.
Sambutan yang diterima amat membanggakan.

Berikut disenaraikan keputusan perlawanan yang telah dijalankan:-


JKA VS JKK
JKK MENANG 2-1


GABUNGAN A VS JKE
GABUNGAN A MENANG 3-0



GABUNGAN A menang percuma kerana JKE tidak dapat mengumpulkan pemain.
Aik???? Takkan JKE takder staff yang boleh main karom??? Main jentik-jentik ja pon...
JKE...JKE...JKE...hurmmmmm... :(

Untuk perlawanan hari ini (11 oGOS 2009),seperti yang dijadualkan:-

GABUNGAN B VS JKA

JKM VS JKRP


Perlawanan hari ini dijangka sengit kerana ramai otai yang akan turun bertempur. Pakat turun ramai-ramai, kita tengok sapa yang gigiiiiil.....heheheheh

///ZHC///

Bola Jaring Wanita.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Untuk pengetahuan semua Warga FKUM, perlawanan bola jaring wanita untuk Sukan Antara Jabatan telah pun dijalankan pada Jumaat, 7 Ogos 2009 yang lalu.

Pihak kami masih menunggu laporan keseluruhan untuk acara tersebut.

Setakat makluman yang kami terima, keputusan untuk acara bola jaring wanita adalah seperti berikut:-

JOHAN : JKM & JKA
NAIB JOHAN : GABUNGAN & JKRP
TEMPAT KE-3 : JKE & JKK
KAMI AKAN UPDATEKAN POST INI KEMUDIAN...TUNGGU.....
///ZHC//

Monday, August 10, 2009

Perlawanan Bola Tampar - Day 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Post kali ini akan melaporkan tentang perlawanan bola tampar (Separuh Akhir) yang telah dijalankan pada petang Jumaat lalu ( 7 Ogos 2009).
GABUNGAN telah berjaya ditundukkan oleh JKA. Persaingan kedua- dua pasukan amat sengit.
Manakala JKRP telah berjaya menewaskan JKM dengan bergaya.Mungkin kerana JKM kekurangan pemain. Takkan semua balik kampung??????
Tahniah kepada JKA & JKRP yang akan bertemu petang ini ( ISNIN, 10 Ogos 2009) untuk merebut tempat pertama dalam acara Bola Tampar Sukan Antara Jabatan 2009.

GABUNGAN & JKM pula akan bertanding habis-habisan.Hadiah hanya disediakan sehingga tempat ke-3 jer k. Tempat ke-4, gigit jari jer lah....


Disediakan sedikit gambar yang sempat diambil semasa perlawanan yang lalu:-


GABUNGAN VS JKA























































































































JKRP VS JKM







































































///ZHC///








Friday, August 7, 2009

Perlawanan Bola Tampar - Day 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua warga FKUM.
Semoga semua warga FKUM ceria dan berbahagia di hari yang mulia ini..

Petang semalam (6 Ogos 2009), JKK telah ditewaskan oleh JKA dalam pertandingan bola tampar pusingan ke-3.GABUNGAN telah berusaha sehabis baik,tetapi kemenangan berpihak kepada JKRP.

Kami sediakan gambar semasa pertandingan bola tampar petang semalam:-


JKA VS JKK

Seperti biasa, KETUA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM turun padang bersama pasukan JKA.Kemungkinan semangat yang ditunjukkan menjadi tangkal kejayaan mereka menewaskan pasukan JKK..
































































GABUNGAN VS JKRP


TUAN DEKAN kita sungguh bersemangat dan menjadi 'master mind' untuk pasukan GABUNGAN. GABUNGAN berjaya menundukkan JKRP pada set pertama,tetapi kebangkitan JKRP pada set kedua membawa mereka bertarung habis- habisan pada set penentuan.






























































Pada petang ini pusingan separuh akhir akan dijalankan.

GABUNGAN VS JKA
JKRP VS JKM
Diharap semua warga FKUM dapat datang memberi sokongan kepada semua pasukan..
///ZHC///