Wednesday, July 29, 2009

Hari Pahlawan

Tanggal 31 Julai 2009(Jumaat) merupakan Hari Pahlawan bagi negara. Hari tersebut merupakan hari memperingati jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh parajurit-parajurit untuk mempertahankan keselamatan negara. Keamanan yang kita kecapi hari ini merupakan keringkat mereka yang berjuang demi mempertahankan negara. Mereka diancam risiko yang sangat tinggi, sanggup bertarung nyawa untuk kesenangan kita. Ramai dikalangan saudara-mara kita yang menganggotai pasukan keselamatan. Sewajarnya kita bersyukur dan mengambil inisiatif untuk menyumbang tenaga dan harta sekurang-kurangnya kita panjatkan doa kita kepada Allah memohon keampunan dan kesejahteraan mereka di alam barzakh.

Oleh itu, satu Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil akan diadakan seperti berikut :
Tajuk : Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Hari Pahlawan
Tarikh : Khamis, 30 Julai 2009
Masa : Selepas Maghrib
Tempat: Masjid Negara


Moh! kita pergi kesana...semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat redha Allah jua.

Mahu dengar ini lagu..klik sini

inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi
sebelum kita berjaya
jangan harap kami pulang
inilah sumpah pendekar kita
menuju medan bakti
andai kata kami gugur semua
taburlah bunga di atas pusara
kami mohon doa
malaysia berjaya
semboyan telah berbunyi
menuju medan bakti

Tuesday, July 28, 2009

Mesyuarat Khas Sukan Antara Jabatan 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pengumuman ini untuk Ahli Jawatankuasa KSRFKUM 2009, Pengurus Acara Sukan Antara Jabatan 2009, dan wakil- wakil jabatan.


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Sukan Antara Jabatan 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-


Tarikh : 30 Julai 2009 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Alumni, Aras 4, Menara Kejuruteraan.


Mesyuarat akan membincangkan mengenai persiapan Sukan Antara Jabatan 2009 yang akan diadakan tidak lama lagi. Perlantikkan wakil jabatan bagi setiap acara juga akan dibuat. Diharap semua yang terlibat dapat hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan.



///ZHC///

Monday, July 27, 2009

TAKZIAH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
Dengan sedihnya adalah ini dimaklumkan bahawa Allahyarham Roslan bin Mohammed suami kepada Pn. Zaharah bt Jahari, staf Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 23 Julai 2009. Allahyarham juga merupakan seorang staf di JPPHB. Allahyarham meninggal dunia kerana sakit. Kepada warga Fakulti yang mengenali Allahyarham atau isterinya sampaikanlah salam takziah dan menghadiahkan pahala fatihah kepada Allahyarham. Bagi mereka yang berkemampuan untuk memberi sumbangan sila berbuat demikian dengan menghubungi Pejabat Dekan. Ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh isteri Allahyarham.

KSRFKUM mendoakan semoga roh Allahyarham adalah tergolong dikalangan orang-orang yang soleh. Amin..Al-Fatihah.

p/s : Sila sampai dan menyampaikan.

(Gambar : Pn. Zaharah bt. Jahari)

Sunday, July 26, 2009

Sukan Antara Jabatan Fakulti Kejuruteraan 2009

Salam dan Selamat Sejahtera.

Sukan Antara Jabatan Fakulti Kejuruteraan KEMBALI LAGI!

Kami menjemput penyertaan dari kakitangan akademik, pengurusan, teknikal dan penolong penyelidik untuk bertanding dalam 9 acara - bermula dengan Bola Tampar Lelaki 2 minggu dari sekarang (3/8/2009). Jadual perlawanan boleh didapati di sini:-

JADUAL PERLAWANAN SUKAN ANTARA JABATAN FKUM '09

Tahun ini KSR juga akan menyediakan Piala Dekan Fakulti Kejuruteraan bagi Jabatan yang mengutip mata keseluruhan terbanyak.

Kami berharap tahun ini akan menyaksikan penyertaan lebih ramai kakitangan akademik dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Tarikh akhir penyertaan adalah minggu depan, 29 Julai 2009!

Jadual pertandingan dan berita terkini berkenaan Sukan Antara Jabatan juga boleh diperoleh dari laman blog ini.


Majulah Sukan Untuk FKUM!!!


///ZHC///

Thursday, July 23, 2009

POCO-POCO - Siri 2/3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
Bahagian kedua dalam siri poco-poco ini pula akan menceritakan mengenai pengaruh poco-poco tu. Pengaruh tarian poco-poco kian dirasai dimana-mana. Di IPTA, Tentera, Polis, PLKN, Bina Insan, BTN, Pelapes, Majlis perkahwinan, Jabatan2 Kerajaan, aktiviti sosial, taman2 perumahan dan ...lu pikir lah sendiri..!

Merebaknya seumpama wabak penyakit...menular secara perlahan2 dan senyap2. Tidak mengira jenis jantina, tidak kira usia, tua ker? muda, kanak2 ker? dewasa, dah kahwin ker? bujang, orang kenamaan ker? biasa...semua naik syok!

Kalau korang perhatikan, poco-poco ada persamaan (tapi tak serupa) seperti chak-ku-chak yang pernah popular dikalangan masyarakat Melaka suatu ketika dahulu. Fenomena ini berulang seperti trend pakaian anak muda sekarang yang meniru gaya fesyen orang dahulu.

Senam aerobik dulunya diiringi oleh rentak yang rancak dan langkah yang agresif berlainan pula poco-poco ni. Rentaknya dangdut dan langkahnya mudah. Tak heranlah geng otai (termasuk mak datin) suka poco-poco. Goyang punggungnya boleh tahan gak! Buat mata kita tak berkelip.
Sekarang tengoklah liriknya dan langkah2nya...

Lirik Lagu

Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing

Ngana bilang
Kita na sayang
Rasa hati ini malayang
Jau… uh… ci ya … ci ya

Biar kita ngana pe bayang
Biar na biking layang-layang
Cuma ngana yang kita sayang

Langkah Tarian

Bergerak ke kanan dua langkah..
Bergerak semula ke kiri dua langkah
Bergerak ke belakang dua langkah
Bergerak ke hadapan dua langkah
Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1
Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

(Ikut arah badan)

Step 1
Kanan 2x, kiri 2x, belakang 2x, depan 2x terus pusing 180 darjah..dan ulang

Step 2
Kanan 2x, kiri 2x, belakang 2x, depan 1x, belakang 1x, depan 2x terus pusing 180 darjah..dan ulang

Step 3
Kanan 2x, kiri 2x, belakang 2x, depan 1x, belakang 1x, depan 1x, belakang 1x, depan 2x terus pusing 180 darjah..dan ulang

bersambung...

Thursday, July 16, 2009

KEPUTUSAN KUIZ Bil.1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
WOW !!.. KSRFKUM tak menjangkakan sambutan yang luar biasa. Ada yang jawab betul dan ada yang jawab main-main (menyakatlah tu...tak de keje lainlah tu..tapi..korang ada minat nak jawab..). KSRFKUM mengucapkan terima kasih kepada semua. So..siapa pemenangnya.?
TAHNIAH!!!!

KEPUTUSAN
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pemenang Kuiz Bil.1 ialah....

Nama : Zunaida Alwadood
Jabatan : Pejabat Dekan



JAWAPAN
Nama : Faisal Rafiq bin Mahamd Adikan
Jawatan : Pensyarah
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Umur : 34 Tahun

Keputusan ahli panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan adalah tidak dilayan. KSRFKUM mengucapkan tahniah kepada pemenang dan hadiah akan dikirimkan dalam masa terdekat. Nantikan kuiz-kuiz yang akan diumumkan dimasa-masa akan datang.

Tuesday, July 14, 2009

KUIZ Bil.1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
Yang ditunggu-tunggu akhirnya keluar juga hari ini. Apa khabar semua? Sudah bersedia untuk menjawab kuiz? Kalau sudah, bacalah seterusnya...

SYARAT PENYERTAAN
1. Peraduan ini terbuka hanya kepada staf Fakulti Kejuruteraan UM sahaja.
2. Seseorang hanya dibenarkan menghantar satu (1) jawapan sahaja. Penerimaan jawapan pertama hanya diambil kira sebagai penerimaan yang sah.
3. Jawapan betul yang pertama diterima oleh panel hakim dikira sebagai pemenang.
4. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan keputusan akan disiarkan di dalam blog.
6. Jawapan mesti dihantar melalui emel kepada ksrfkum@gmail.com
7. Tarikh tutup penghantaran jawapan selewat-lewatnya pada 15 Julai 2009 (Rabu) jam 11.59 malam.

SOALAN
Siapakah Pengerusi KSRFKUM sekarang?
Nama : (pastikan ejaannya tepat)
Jawatan : Pensyarah
Jabatan :
Umur : (tahun)

JAWAPAN ANDA
Sila hantar jawapan anda kepada emel ksrfkum@gmail.com dengan format berikut:
Nama :
Jawatan :
Jabatan :
No.Gaji : (utk memastikan ianya staf)
Emel UM :

Semua maklumat di atas ada tertera di belakang Kad Matrik Staf.

HADIAH
Hadiah pemenang kuiz merupakan sebatan pen eksklusif yang ditaja oleh KSRFKUM.

Jangan tunggu lagi...jawaplah sekarang..Selamat mencuba!

Friday, July 10, 2009

KUIZ


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;

Apa macam citer Poco-Poco? Dah baca ke? Dah nengok video klip tu? Jgn lupa..ada 3 siri. Ikutilah posting seterusnya.


Ada berita baik utk korang ni...mulai Isnin (13 Julai) KSRFKUM ada slot baru di dalam blog iaitu slot KUIZ. Korang smua bleh cuba nasib nantilah. Hadiah nya gempak wo! Lu tak caya lu tunggu lah nanti. Mana lah tauu...bleh menang hadiah...free tak mau ka?


Tunggulah kelahirannya nanti !!

POCO-POCO - Siri 1/3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
KSRFKUM akan bercerita tentang kisah poco-poco. Kisah ini akan dibahagikan kepada tiga siri.

APA ITU POCO-POCO?
Poco-poco ialah sebuah tarian yang ditari beramai-ramai atau individu dengan diiringi lagu berunsurkan dangdut. Poco-poco ini bermula di Indonesia. Lagu ini telah dicipta oleh seorang pencipta lagu bernama Arie Sapulette yang berasal dari Ambon. Beliau telah mencipta lagu tersebut ekoran daripada melihat seorang gadis montel menari dengan lincah di atas pentas dan sedang dalam keasyikan itu beliau telah terpancut dari mulutnya kata-kata poco-poco (bahasa Manado). Kemudian, lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia iaitu Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke Malaysia.

bersambung...

Thursday, July 9, 2009

Bilik KSRFKUM berwajah baru

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera;
Bilik Kelab sudah berwajah baru. Dimana bilik Kelab? Bilik Kelab terletak di Aras 2, Menara Kejuruteraan. Pada tarikh 2 & 3 Julai yang lepas telah diadakan kerja gotong-royong untuk membersih dan mengecat semula bilik Kelab. Ucapan terima kasih kepada Dekan yang telah memberikan sokongan dan pelepasan kepada staf-staf yang sukarela untuk menjayakan projek gotong royong tu.

Kepada mereka yang terlibat, inilah sumbangan kalian yang ikhlas. Kepada mereka yang tidak berkesempatan, mohon luangkan masa untuk projek akan datang. Kepada mereka yang selalu singgah ke Kelab, tolong jaga kebersihannya, janganlah ditinggalkan sampah sarap tanpa membuangnya terlebih dahulu. Kepada yang tidak tahu, kita ada carrom, ping-pong dan dart untuk berlatih. Kepada yang memegang jawatan dalam AJK, tolong giatkan aktiviti-aktiviti supaya Kelab bertambah maju. Kepada mereka yang giat, teruskan usaha supaya jangan luntur. Kepada mereka yang belum giat, marilah bekerjasama dan beri sumbangan.

Jangan lupa, tak lama lagi kita akan adakan Sukan Antara Jabatan. Bersiap-siaga lah para atlit-atlit kalian.

MAJULAH SUKAN UNTUK FAKULTI

Wednesday, July 8, 2009

Wabak H1N1 (Selsema babi lagi senang sebut)

Assalamualaikum & salam sejahtera;
Wabak selsema babi sedang menular negara. UM tidak terkecuali dari terdedahnya daripada serangan tersebut. Banyaknya manusia masuk ke dalam Universiti yang datang daripada berbagai negeri dalam negara dan negara-negara luar kerana kemasukan pelajar baru sesi 2009/2010.
Jabatan Pengajian Tinggi,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengeluarkan surat makluman mengenai wabak tersebut dan minta menyebarluaskan maklumat wabak tersebut untuk pengetahuan warga kampus.
KSR FKUM telah mengambil inisiatif untuk menyebarluas maklumat tersebut dan memperturunkan sepotong doa untuk diamalkan sebagai satu usaha memohon pertolongan ALLAH agar diselamatkan kita daripada wabak tersebut. sila layari blog MIMBAR KSRFKUM untuk mendapatkan doa tersebut.
Sekian, dimaklumkan dan sampai menyampaikan.

Thursday, July 2, 2009

Dekan Baru.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga FKUM.
Semoga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa bekerja dengan dengan penuh dedikasi. Audit pun dah sampai ke penghujungnya, sekarang kenalah bersedia untuk menerima kedatangan pelajar- pelajar baru sesi 2009/2010. Sama- samalah kita bekerja dengan lebih bersemangat lagi dan ikhlas melakukan kerja- kerja yang telah diamanahkan.

Bermula 1 Julai 2009, Prof. Madya Dr. Mohd Hamdi Abd. Shukor dari Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk & Pembuatan telah dilantik menjadi Dekan Fakulti Kejuruteraan menggantikan Prof. Dr. Faisal Hj. Ali yang telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada fakulti kita selama ini.

Kami mewakili semua warga FKUM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Faisal Hj. Ali atas segala usaha dan tanggungjawab yang telah dijalankan sebagai dekan selama ini demi untuk memajukan FKUM. Jasa baik Prof. amatlah kami semua sanjungi.
Sekalung tahniah dan ucapan 'Selamat Berkhidmat' kami tujukan pula kepada Prof. Madya Dr. Mohd Hamdi Abd. Shukor yang akan menerajui serta memimpin fakulti kita.Kami semua warga FKUM akan sentiasa menyokong dan akan memberi kerjasama sepenuh hati kami demi memajukan FKUM.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai dekan baru kita, lihat link di bawah:-
http://design-manufacturer.eng.um.edu.my/Hamdi


///ZHC///