Tuesday, May 26, 2009

Mari Uji Kepantasan Menaip.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Kali ini, kami ingin mengetengahkan satu 'game' yang dapat melepaskan tekanan kerja dan mengisi masa lapang. Ianya juga amat sesuai kepada kerani- kerani untuk mempercepatkan lagi taipan mereka.

Kami juga telah mencubanya. Agak mencabar dan inilah hasilnya :-


55 perkataan

Speedtest



Ni jer lah yang terbaik setelah 10 kali mencuba..
Apa tunggu lagi???? Cuba try test tengok!!!

///ZHC///

Monday, May 18, 2009

Warga KSRFKUM Melepaskan Gian Memancing.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Diharap semua warga FKUM sentiasa sihat dan ceria menjalankan tugas masing -masing demi memajukan fakulti kita.

Pada 15 Mei 2009 (Jumaat), lebih kurang jam 11.00 malam, sekumpulan warga FKUM telah bergegas ke Kolam Sea Lion Fishing, Port Klang.Hanya satu tujuan dan hajat di hati mereka.Sekadar untuk melepaskan gian memancing dan berhibur sambil menenangkan fikiran.En. Nazarul Zaman Mohd. Nazir (JKM) telah mengetuai kumpulan tersebut.Kira - kira 35 minit perjalanan dari Universiti Malaya,mereka telah selamat sampai dengan semangat yang waja dan penuh keghairahan.

Untuk pengetahuan semua, Kolam Sea Lion Fishing, Port Klang ini sangatlah popular dikalangan kaki pancing sekitar Lembah Kelang.Terdapat 5 buah kolam memancing disediakan.Antara spesis ikan yang terdapat dalam kolam- kolam tersebut ialah Jenahak, Siakap, Kerapu, Merah, Buntik, dan Bawal Cermin.Bayaran yang dikenakan agak berpatutan jika dibandingkan dengan kepuasan yang dapat dirasai oleh kaki- kaki pancing.Minimum 3 jam dikenakan RM36.Umpan hidup (udang & ikan belanak)juga ada dijual.

Setelah mereka mendaftarkan diri dan membuat bayaran,masing - masing menyiapkan joran dan mula memancing.Mungkin kerana cuaca pada malam tersebut kurang baik, umpan kurang disambar ikan.Hampir 2 jam menanti dengan sabar, akhirnya En. Aliman Suboh (UPP,Pej.Dekan) berjaya menaikkan seekor Jenahak seberat 2Kg.

Walaupun hasil tangkapan tidak sebanyak mana,kepuasan yang dirasai tidak dapat dibayangkan dengan kata - kata.Kepada semua kaki pancing FKUM, sekiranya berminat atau ada info mengenai memancing bolehlah berkongsi dengan kami..

///ZHC///

Wednesday, May 13, 2009

Pertandingan Memancing 16 Mei & 30 Mei 2009

Apa khabar semua!
KSRFKUM tahu ramai dari kalangan ahli kelab suka akan hobi memancing. KSRFKUM dapat info di dalam akhbar tempatan yang Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang akan menganjurkan pertandingan memancing toman sempena sambutan ulangtahun ke-12 Cyberjaya seperti berikut:

Tarikh : 16 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat : Taman Tasik Cyberjaya
Penyertaan : RM15.00
Hadiah : RM10,000 untuk toman terberat

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 013-3838655, 012-2372742 dan 017-2820646.

Ada info ke-2 untuk pertandingan memancing iaitu...Majlis Bandaraya Shah Alam akan menganjurkan Pertanding Memancing sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar seperti berikut:

Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat : Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31
Penyertaan : RM30.00
Hadiah : RM2,000 tempat ke-1

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-51213855 @ 017-2988200
Kepada ahli KSRFKUM yang berjaya nanti, sila laporkan kepada kami di ksrfkum [at] gmail.com untuk disiarkan kejayaan anda.

Jom!..kaki pancing semua..pakat2 kita pi mancing nor..!

p/s : Macamana nak gi sana..?...Itu lu cari sendili lah..wa tak tau..

UM biler lagi nak wat pertandingan mancing mcm nie? Dah lama kitorang usha tasik varsiti tu.Nak try, takot kner kjar ngan pak gard jerk..huhuhuh

Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com


Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Pada tarikh 10 Mei 2009 lalu, pasti ramai yang meraikan Hari Ibu dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang dilakukan walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan hati seorang ibu. Tetapi timbul ragu di hati kita, bilakah tarikh sebenarnya sambutan Hari Ibu?

Kalau cari maklumat di internet, berbagai-bagai tarikh disambut antaranya ialah:

10 Mei 2009 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

3 Mei 2009 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

24 Mei 2009 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2009 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2009 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2009 di Indonesia…

dan lain-lain lagi… sebenarnya ada banyak lagi negara dengan tarikh sambutan yang berbeza.. tetapi kita tak ambil peduli.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam (kita yakin agama lain juga begitu) mewajibkan kita mentaati dan menghormati ibubapa pada setiap masa.

Seperti Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Di dalam hadith lain, di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

Walau di mana atau siapa pun kita, ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih hidup atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan mereka bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibubapa kita sudah meninggal dunia.

Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-


“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

Ada ulama' berpendapat jika kita tidak mendoakan mereka sekurang-kurangnya 5 kali sehari, kita masih lagi dianggap sebagai menderhaka kepada ibubapa.

Berdoalah, moga-moga kita tergolong sebagai anak-anak yang soleh dan menjadi hamba Allah yang sentiasa mengingatiNya dengan tidak mensyirikkanNya.

///ZHC///

HARI WESAK


Hari Wesak telah disambut pada 9 Mei 2009 (Sabtu) yang lalu. Walaubagaimanapun hari cuti am tersebut telah jatuh pada hari Sabtu,maka tiadalah cuti ganti..(Asyik nak cuti jer..) Kepada seluruh penganut agama Buddha di FKUM, rasanya belum terlambat bagi kami ucapkan “Selamat Menyambut Hari Wesak”. Perayaan ini disambut rakan-rakan kita yang umumnya pengikut Mahayana dan Theravada bersempena hari kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu.

Secara literalnya Buddha membawa maksud mereka yang sedar ataupun dilimpahi nikmat pencerahan. Bagi mencapai tingkat kebahagian abadi ini, pengikut agama Buddha mestilah bebas dari dukkha; kesengsaraan kerana terikat dengan keinginan duniawi seperti tamak harta dan kerakusan kuasa.Mereka yang meneliti prajna paramitha akan menyebut “Gate gate paragate parasamgate bodhi svaha” demi mencapai tingkat nirvana dan ketenangan abadi.

Walaupun kita (warga FKUM) terdiri dari berbilang bangsa, kaum dan agama, semoga kita semua dapat bersatu dan sentiasa bekerjasama.

///ZHC///

Wednesday, May 6, 2009

Keputusan Acara Sukan Staff 2009 Setakat Ini

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Disini, KSRFKUM akan melaporkan keputusan bagi acara - acara yang telah selesai dijalankan sepanjang Sukan Staff UM 2009.KSRFKUM mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Kita telah berjaya membuktikan bahawa kita boleh memberi komitmen yang tinggi dan terbaik dalam Sukan Staff Universiti Malaya 2009.


Berikut ialah keputusan acara yang telah dikeluarkan :-

Bola Sepak Veteran - Naib Johan

Bola Jaring Wanita Senior - Tempat ke-4
Pn. Roslawati Hassan
Pn. Laila Hamzah
Pn. Salina Maiden
Pn. Suhaida Mahmod

Ping pong - Naib Johan
Tahniah diucapkan kepada semua peserta ping pong kontinjen Zon 3.
Peserta dari FKUM ialah:-
En. Koh Beng Lim -JKE (Pengurus)
En. Rustam Ramlan -JKK (Jurulatih)
En. Shahrom Said -JKA
Pn. Aishatul Fiza Azmi-JKRP

Bola Tampar Lelaki - Tempat ke-5
Pihak KSRFKUM mengucapkan tahniah atas penyertaan anda semua.
Peserta bola tampar dari FKUM ialah:-
En. Nasarizam Mohamed -JKRP (Pengurus)
En. Mohd. Fahmy Rusli -JKRP (Jurulatih)
En. Adhli Iskandar Putra Hamzah -JKBP
En. Praseto Edi -JKRP
En. Muhd. Redza Roslan -JKBP
En. Azaruddin -JKK
En. Zulkarnain @ Khayree -JKE
En. Khairul Anwar Abu -JKA
En.Mohd. Nizam Harun -JKA
En. Abd. Halim Mohamed -UPP,Pej. Dekan
En. Mohd. Fadzli -JKRP
En. Shamsudin Daud -Pej. Dekan
En. Mohd. Norli Ropidi -JKA

Karom Campuran -Tempat ke-3
En. Mad Damanhuri -Pengurus
En. Shahrom Said -JKA
En. Che Mat Keling -JKRP
En. Adnan Hadri -JKM
En. Sulaiman Arifin -JKM
En. Zulkarnain Ishak -JKE
En. Syuib Samsir -JKBP
Pn. Rohana Ismail -JKBP
Cik Norfadillah Huda Jailani -JKA

Boling Padang Lelaki -Johan
En. Hairil Azhar Mohd Nor - Pengurus -UPP, PEJ. DEKAN
En. Azizol Arifin -UPP,PEJ. DEKAN
En. Fahmy Rusli -JKRP
En. Yan Mohd Nor Alif -PEJ. DEKAN

Tarik Tali Wanita -Tempat Ke-4
En. Muhamad Azam Md. Tajudin - Pengurus -UICT.PEJ. DEKAN
Pn. Norsuhaida Mahmod - Jurulatih -JKE
Pn. Naemah Suhaimi -JKBP
Pn. Rohana Ismail -JKBP
Pn. Normah Salleh -PEJ. DEKAN
Pn. Norlizawati Mohd Nor - JKE
Cik Maimunah Sahak -JKA
Cik Norfadilah Jailani -JKA
Pn. Hasanah Abu Bakar -JKA
Pn. Rozita Yusop -JKA
Cik Maznah Mohd. Zain -JKBP
Pn. Salina -JKK

Hoki Lelaki -Tempat Ke- 3
En. Shamsudin Daud – Pengurus -PEJ. DEKAN
En. Yan Mohd Nor Alif -PEJ. DEKAN

Bola Sepak Veteran -Naib Johan
En. Roslan Mansur – Pengurus
En. Ishak
En. Indra Mahlia -PENSYARAH JKM
En. Saad mikhlief -PENSYARAH JKE

Bola Sepak Senior -Tempat Ke- 3
En. Nur Azam Ali – Pengurus -JKM
En. Nasrul Fawaid -JKE
En. Syuib Samsir -JKBP

Badminton Campuran -Tempat Ke- 3
En. Abd Halim Mohamed – Pengurus -UPP,PEJ.DEKAN
En. Zamin Jumaat
En. Yusuf Zain -JKA
Beh Woan Lin
Tey Siew Kian

Pingpong Campuran- Naib Johan
En.Rostam Ramlan – Pengurus -JKK
En.Shahrom Said -JKE
Aishahtulfiza Azmi

Tenpin boling lelaki - Naib Johan
En. Mohd Said Sakat -JKM
En. Abu Haiyan Din -JKM
En. Mohd Yusof Yazid -JKRP

Tenpin Boling Wanita -Johan
Kakitangan Perpustakaan Dan PPUM

Futsal Lelaki -Naib Johan
En. Nur Azam Ali – Pengurus -JKM
En. Syuib Samsir -JKBP
En. Nasrul Fawaid -JKE

Sepak Takraw -Tempat Ke- 3
En. Rizar Mosbah – Pengurus
En. Fahmy Rusli -JKRP
En. Norliropidi -JKA
En. Syuib Samsir -JKBP
En. Nur Azam Ali -JKM

Catur -Johan
En. Mokhtar Azizi – Pengurus -PENSYARAH JKA
En. Hamdi Syukur -PENSYARAH JKRP

Bola Tampar Wanita Senior -Tempat Ke -3
Azira Idris
Staff Perpustakaan

Futsal Wanita -Tempat Ke -6

Bola Jaring Lelaki -Tempat Ke- 7

Tarik Tali Lelaki -Tempat Ke-6
Muhamad Azam Md. Tajudin (Pengurus)-UICT,PEJ. DEKAN
En. Zulkarnain @Khayree Faisal Ishak (Jurulatih)-JKE
En. Aliman Suboh - UPP, PEJ. DEKAN
En. Syuib Samsir - JKBP
En. Adhli Iskandar Putera Hamzah - JKBP
En. Asni Mohamad - JKBP
En. Adnan Hadri - JKM

Road Relay Perempuan -Tempat Ke- 6

Olahraga
Emas acara Lompat Jauh Lelaki – Ramis a/l Radha (JKM)
Emas acara Lontar Peluru Wanita Senior – Salina Maiden (JKK)
Emas acara Merejam Lembing Wanita Senior – Salina Maiden (JKK)
Gangsa acara 200m wanita Senior – Norfadilah Huda (JKA)
Gangsa acara 4 x 100m Lelaki Senior – Ramis,Hanafi,Ropidi & Zamzaliman
Gangsa acara 800m Lelaki Veteran – Kakitangan Perpustakaan



Pihak ksrfkum.blogspot.com memohon maaf sekiranya ada info yang tidak lengkap ataupun tersasar.Kami megalu - alukan sebarang maklumat terperinci dari pengurus - pengurus setiap acara sukan staff 2009.

Sekiranya ada bahan atau info yang hendak di uploadkan, sila mail ke ksrfkum@gmail.com . Kami sentiasa menanti dengan berbesar hati..

Terima kasih kepada En. Halim & En. Mohd. Said Sakat (Pengurus Tenping Boling) kerana memberi info ini. Walaubagaimanapun,keputusan rasmi dari pihak Pusat Sukan belum dikeluarkan.

///ZHC///

Tuesday, May 5, 2009

Selamat Hari Pekerja - 1 Mei 2009


- A funny movie is a click away
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Pada tarikh 1 Mei 2009 (Jumaat), merupakan hari pekerja dan cuti umum seluruh negara. Hari pekerja disambut bagi memperingati jasa dan pengorbanan pekerja dalam sektor awam atau swasta yang menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Justeru itu, adalah wajar kita semua bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi selama ini. Kita harus insaf hidup kita selama ini begitu selesa, bahagia, aman dan makmur. Dengan kesedaran ini diharap kita akan lebih berazam untuk memperbaiki lagi kehidupan kita di masa akan datang, masa yang lebih mencabar.

KSR FKUM mengucapkan terima kasih kepada semua staf FKUM yang telah tekun bekerja untuk memajukan FKUM ke arah kecemerlangan. FKUM sangat menghargai sumbangan saudara saudari semua.

Selamat menyambut Hari Pekerja.

JASAMU DIHARGAI...

=lawa=